AWANG percaya rakyat tak kisah sangat sebetulnya siapa jadi PM selepas ini. Rakyat sedang marah disebabkan orang politik buat percaturan sesama mereka semasa pandemik Covid-19 yang teruk. Pada pandangan Awang tidak ada negara di dunia yang... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG percaya rakyat tak kisah sangat sebetulnya siapa jadi PM selepas ini.

Rakyat sedang marah disebabkan orang politik buat percaturan sesama mereka semasa pandemik Covid-19 yang teruk.

Pada pandangan Awang tidak ada negara di dunia yang sekarang berperang lawan Covid-19 tetapi pada waktu sama keadaan politiknya kecoh.

Awang serahkan pada bijaksana Tuanku Agong tentukan. Awang cuma harap siapa pun yang ambil alih kerajaan fikirkan rakyat dulu. Utamakan rakyat yang sedang menderita.

Jangan jadi Ali Baba yang sibuk nak membahagi-bahagikan harta dengan para penyamun.

Ingatlah, rakyat dah jemu dengan perbuatan orang politik yang utamakan kepentingan mereka sedangkan rakyat dikemudiankan.

Kali ini Awang mahu PM yang betul-betul beri tumpuan pada masalah pandemik dan nak pulihkan ekonomi.

Rakyat akan sokong dan sanjung siapa pun yang jadi penyelamat mereka.

Awang harap PM baharu akan gerak semua jentera, cari pakar terbaik, bawa masuk orang luar dari lingkungan sedia ada untuk perangi wabak ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia kena ubah. Begitu juga Kementerian Kewangan dan kementerian yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi, buat perubahan besar-besaran. Letak orang yang betul.

Pilihlah menteri yang boleh buat kerja, bukan yang sibuk nak hias diri, main tik tok atau nak jadi popular.

Rakyat akan hukum PM baharu macam mereka hukum Tan Sri Muhyiddin kalau pilihan kabinetnya silap lagi.

Klik di sini untuk terus membaca