DI TENGAH hangat cerita siapa nak jadi PM tentulah nama Tuk Seri Anwar Ibrahim jadi tumpuan. Selama ini Tuk Seri Anwar bagi tahu dunia dia ada numbers atau jumlah. Jadi bila Tan Sri mantan Perdana Menteri jatuh, tumpuan penyokong dan rakyat... Klik di sini untuk terus membaca

DI TENGAH hangat cerita siapa nak jadi PM tentulah nama Tuk Seri Anwar Ibrahim jadi tumpuan.

Selama ini Tuk Seri Anwar bagi tahu dunia dia ada numbers atau jumlah.

Jadi bila Tan Sri mantan Perdana Menteri jatuh, tumpuan penyokong dan rakyat tertumpu pada beliau.

Pakatan Harapan (PH) pun nampaknya yakin calon mereka ada nombor.

Tapi kita juga dengar di antara PH dan parti-parti gabungan pimpinan Tuk Seri Shafie Afdal ada masalah.

Tuk Seri Shafie pun ada hajat nak jadi PM.

Rupa-rupanya kedua-duanya gagal. Parti gabungan pimpinan Abang Johari di Sarawak nampaknya tak bersama mereka. Malah sokong Tuk Seri Ismail.

Banyak orang kata PH kena nilai semula strategi mereka kalau nak menang. Mungkin ‘brand Anwar’ dah tak jalan lagi.

Mungkin PH kena fikir di luar kotak, maksudnya kena tonjol calon baharu. Orang yang dah umur 70-an agaknya bolehlah berundur secara terhormat.

Bagi peluang orang baharu.

Politik Malaysia dah penuh orang lama.

Merekalah yang warnai politik negara sejak tahun 80-an hingga sekarang.

Kita tak banyak ketengahkan pemimpin muda.

Jadi bila sampai masa nak cari ‘pengganti’ ada masalah.

Ini penyakit semua parti, baik UMNO, Pas, PKR, DAP, Bersatu dan lain-lain.

Awang rasa itulah pengajaran penting semua parti politik daripada kejadian terbaharu ini.

Klik di sini untuk terus membaca