AWANG nak ucapkan tahniah pada Tuk Seri Ismail Sabri yang dinobatkan Perdana Menteri Malaysia ke-9. Maka berakhirlah satu lagi drama suspens dalam politik Malaysia.
Awang percaya Tuk Seri Ismail tak pernah terbayang bahawa dia akan jadi PM Malaysia.
Banyak yang berpandangan dengan undi 114, Perdana Menteri baharu akan hadapi masalah yang sama dengan Tan Sri mantan PM.
Keadaan akan terus kucar kacir di Parlimen.
Bak kata orang, bagi rakyat keluar mulut harimau masuk mulut buaya.
Kita boleh lihat apa yang berlaku sebelum ini. Selama Tan Sri mantan PM memerintah tak ada ‘keamanan’ politik.
Beliaupun terpaksa bersilat terajang politik untuk terus jadi PM.
Ada yang meramalkan keadaan akan terus kucar kacir di Parlimen dengan majoriti tipis PM baharu.
Oleh sebab itu banyak pihak mohon Tuanku Raja-Raja Melayu pertimbangkan formula ‘kerajaan perpaduan’ atau unity government.
Pilih salah seseorang dari ahli Parlimen sebagai PM. Anggota kabinetnya pula dari semua parti.
Jumlahnya tak perlu banyak. Ikutlah model Majlis Gerakan Negara (Mageran) selepas Peristiwa 13 Mei.
Tugas PM sementara dan kabinetnya hanya nak pastikan kestabilan politik untuk urus Covid-19 dan ekonomi yang teruk.
Tapi tidak begitu keadaannya. Keputusan sudah dibuat.
Kita doakan Tuk Seri Ismail dapat menjalankan tugasnya dengan penuh integriti dan bertanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar ini.
Klik di sini untuk terus membaca