ITULAH Belalang, kan bapak dah bilang...Strong, formidable, convincing...Itulah tiga perkataan yang tidak mungkin kita semua dapat lupakan bila bercakap tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia menjadi kata-kata hafalan abad ini termasuklah... Klik di sini untuk terus membaca

ITULAH Belalang, kan bapak dah bilang...Strong, formidable, convincing...Itulah tiga perkataan yang tidak mungkin kita semua dapat lupakan bila bercakap tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia menjadi kata-kata hafalan abad ini termasuklah kanak-kanak.

Kerana apa? Kerana ia kedengaran amat meyakinkan.

Malah ada satu lagi kalau boleh ditambah iaitu "I have the numbers...” Pada akhirnya apa pun tak ada. Itulah Anwar Ibrahim. Propa beliau kelihatan sungguh meyakinkan dan ramai yang percaya atau mungkin Belalang boleh sebut, terpedaya.

Audio perbualannya dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas selesainya Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini menambahkan lagi cakap-cakap mengenai konspirasi politik beliau.

Tapi pada akhirnya nombor yang beliau kata ada dan cukup meyakinkan itu sebenarnya tidak ada. Kalau dah ada, beliau yang akan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kesembilan.

Sebaliknya, Perdana Menteri kesembilan milik seorang lagi bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selepas ni Belalang rasa rakyat tidak mahu dengar lagi dah kata-kata propa mengenai nombor yang meyakinkan tapi yang rakyat nak lihat ialah kestabilan politik untuk terus kerajaan yang baru dibentuk nanti memerintah sehingga pilihan raya umum akan datang.

Makna kata, siapa selepas ini yang masih membuat kacau maka orang itu memang ‘jahat’.

Oleh yang demikian apabila Anwar berkata, kemenangan Ismail Sabri bermakna pembangkang perlu bekerja lebih keras untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), maka itu adalah kenyataan yang betul dan bertanggungjawab.

Kalau nak menang memang kena bekerja lebih keras. Bukan cakap kosong atau kata-kata propa seperti strong, formidable dan convincing.

Baguslah apabila Anwar juga cakap, blok pembangkang menerima hakikat bahawa pelantikan Ismail Sabri sebagai PM kesembilan adalah menurut lunas undang-undang.

"Keputusan itu adalah menurut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dan tambah Anwar lagi, kepada pembangkang ini adalah satu cabaran untuk mereka bekerja dengan lebih keras menjelang PRU15.

Kan bagus dari awal kalau cakap macam ni. Baru ada integriti dan berjiwa besar. Menerima kekalahan dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Jangan lagi selepas ini cakap ini kerajaan pintu belakanglah kerajaan pintu tepi- lah sebab apa yang berlaku hari ini adalah dibenarkan oleh undang-undang dan perlembagaan.

Kalau tak nak tengok lagi dah wujudnya situasi seperti ini pada masa hadapan, senang saja - pinda perlembagaan dan wujudkan undang-undang antilompat parti.

Tapi nak buat tu semua kena sepakatlah sepertimana yang pernah disarankan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari.

Ini kerana ia memerlukan undi sebanyak dua pertiga. Dalam situasi hari ni, jika nak dua pertiga, kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang kena sepakat dan setuju.

Kita harap lepas ni bukan Anwar sahaja setuju tapi seluruh parti dan anggota Parlimen turut setuju pinda perlembagaan untuk menghalang perbuatan lompat parti.

Belalang - memang semula jadi melompat tapi bukan lompat parti

Klik di sini untuk terus membaca