AWANG tertarik baca berita Tunku Mahkota Johor (TMJ) akan berjumpa guru-guru yang tolak vaksin, Jumaat ini. Menurut khabarnya terdapat 779 guru di negeri Johor yang tidak mahu divaksin. Awang rasa pelik juga mengapa hal itu boleh sampai... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tertarik baca berita Tunku Mahkota Johor (TMJ) akan berjumpa guru-guru yang tolak vaksin, Jumaat ini. Menurut khabarnya terdapat 779 guru di negeri Johor yang tidak mahu divaksin.

Awang rasa pelik juga mengapa hal itu boleh sampai pada tindakan TMJ. Patutnya Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sahaja boleh selesaikan.

Mungkin juga guru-guru ini tak dengar nasihat atau tak makan saman kata orang. Mungkin juga Pengarah JPNJ dah habis ikhtiar nak nasihat atau beri peringatan kepada mereka.

Awang tak peduli sangat jikalau guru-guru ini nak mudaratkan diri dan keluarga mereka. Tapi mereka guru, mereka berhadapan dengan murid-murid. Jikalau mereka bawa risiko Covid-19 mereka tak boleh dibenarkan mengajar. Orang seperti ini akan membahayakan pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

Pada pandangan Awang, mereka akan tahu apabila semua kedai, premis niaga, pasar raya atau kenderaan awam tak boleh mereka masuk atau gunakan tanpa sijil vaksinasi penuh.

Jangan kata nak membuat umrah ke Makkah, nak beli roti di kedai pun tak boleh. Baru mereka sedar untung nasib sendiri.

Awang percaya jenis yang degil ini bukan sahaja di Johor tapi di negeri lain juga. Memang wujud gerakan tolak vaksin di negara ini. Entah apalah dakyah yang begitu berkesan untuk tolak vaksin hingga mereka sanggup buat begitu.

Klik di sini untuk terus membaca