SHAH ALAM - Akta lompat parti perlu diwujudkan segera bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi berparlimen. Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, apabila persepsi tersebut... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Akta lompat parti perlu diwujudkan segera bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi berparlimen.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, apabila persepsi tersebut muncul ia akan menyemaikan rasa tidak hormat kepada kerajaan dan Parlimen yang dikhuatiri akan memberi kesan terhadap pentadbiran negara.

"Apabila sudah tidak ada kepercayaan, jadi rakyat tidak kisah cara negara ini ditadbir dan kita akan lihat situasi di mana akan ada segelintir yang tidak mahu keluar undi dan merosakkan undi ketika pilihan raya.

"Kalau kita lihat konsep tiada percukaian tanpa perwakilan, rakyat berhak mengetahui cara duit cukai yang dibayar oleh mereka dibelanja dan digunakan.

"Apabila rakyat tak kisah pemimpin mengambil peluang untuk melakukan korupsi, ia akan melahirkan lebih ramai kleptokrat dan kroni yang merosakkan negara,” katanya pada Rabu.

Dalam pada itu, turut senada pandangan dengan beliau ialah Ahli Parlimen Segambut daripada DAP, Hannah Yeoh.

Kata beliau, akta tersebut sangat penting bagi meyakinkan pengundi untuk keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Akta tersebut perlu dibentang segera bagi memberi keyakinan kepada pengundi untuk mengundi.

"Jika tidak, apa yang berlaku kini iaitu tiga Perdana Menteri dalam masa tiga tahun akan berulang kembali,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca