SHAH ALAM - Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak mendakwa kegiatan jenayah terancang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) terus berleluasa kerana turut didalangi individu atau pegawai... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak mendakwa kegiatan jenayah terancang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) terus berleluasa kerana turut didalangi individu atau pegawai kerajaan.

Halim berkata, pihaknya yang menjalankan kajian berkaitan kebanjiran PATI sejak tahun 2015 mendapati isu itu seperti bom jangka yang mengancam keselamatan Malaysia.

HALIM

"Kebanjiran PATI berlaku akibat rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam," katanya kepada kru Rasuah Busters.

Beliau berkata, perkara tersebut terbukti apabila rekod tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kakitangan agensi-agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan pihak berkuasa tempatan.

Mengulas mengenai penglibatan warga tempatan dalam sindiket penyeludupan masuk warga migran secara haram ke Malaysia, Halim menyifatkannya sebagai satu pengkhianatan besar kepada kedaulatan negara.

Katanya, perbuatan membelot dan menjadi dalang kepada kegiatan penyeludupan masuk PATI merupakan kesalahan sangat berat.

Tegasnya, kemasukan PATI secara tidak sah membuka ruang kepada pihak atau kumpulan radikal dari negara luar untuk berada di Malaysia dan mengancam keselamatan negara.

"Isu sindiket penyeludupan PATI telah berlaku sejak dahulu lagi. Cuma sindiket ini menggunakan pelbagai tipu helah bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca