MACAM rakyat Malaysia yang lain juga, Awang menunggu penuh debar pengumuman kabinet Tuk Seri Perdana Menteri (PM) baharu.
Rakyat mengharapkan beliau namakan mereka yang betul-betul berprestasi dan yang berintegriti untuk membantunya.
Awang rasa rata-rata rakyat kecewa. Macam kata filem Melayu lama, yang asal balik usul. Kabinet ini lebih kurang sama dengan zaman Tan Sri mantan Perdana Menteri.
Kata orang kabinet kitar semula. Tak banyak muka baharu. Yang dilantik semula banyak orang lama. Banyak pula yang rakyat dah tahu tak ada rekod prestasi yang baik.
Rakyat pun harap kabinet akan jadi lebih kecil. Ini patutnya kabinet dalam krisis. Tapi makin banyak pula Timbalan Menteri yang dilantik.
Awang sendiri rasa tak mudah bagi Tuk Seri PM baharu nak pilih yang terbaik. Maklumlah, dia perlu jaga hati semua parti.
Orang UMNO nak jaga, orang Bersatu nak jaga, orang Pas nak jaga, orang dari GPS nak jaga.
Jadi kenalah pilih ikut pengagihan. Takut nanti ada pihak kecil hati. Nanti susah pula Tuk Sri PM baharu nak tadbir negara.
Awang rasa terlepas satu peluang Tuk Seri PM baharu untuk buktikan pada rakyat dan dunia, dia means business, kata orang putih.
Sayang sangat oleh sebab dia tak bawa masuk generasi muda lebih banyak.
Patutnya ini masanya bagi peluang generasi muda buat perubahan. Rugilah dia tak ambil kesempatan tunjukkan bahawa generasi muda dihargai sama.
Klik di sini untuk terus membaca