AWANG harap Tuk Seri PM baharu buktikan pengkritiknya salah. Buktikan bahawa kabinet ini bukan macam cencalok lama dalam tempayan bahari, seperti kata sesetengah orang. Bagaimanapun, Awang sokong apabila beliau kata mahukan tindakan jangka... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG harap Tuk Seri PM baharu buktikan pengkritiknya salah. Buktikan bahawa kabinet ini bukan macam cencalok lama dalam tempayan bahari, seperti kata sesetengah orang.

Bagaimanapun, Awang sokong apabila beliau kata mahukan tindakan jangka pendek dan jangka panjang semua menteri dan kementerian. Beliau nak nilai selepas 100 hari.

Tuk Seri PM baharu kena pastikan semua menteri buat kerja. Jangan ada yang duduk berhias atau main tik tok dalam ‘ofis’.

Bagi yang nak bercakap, biar cakap yang betul. Janganlah merapu pasal Spanish Fly dan air suam lagi. Kalau tak ada apa nak cakap, tutup mulut dan buat kerja saja.

Rakyat masih dalam kesusahan. Kes jangkitan Covid-19 nampaknya makin tinggi tiap hari.

Mungkin juga langkah pertama Tuk Seri PM baharu ialah pastikan ada pasukan baharu di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Awang yakin rakyat sokong Khairy Jamaluddin jadi menteri di situ. Sebelum inipun dia buat kerja dengan baik.

Pada pandangan Awang, Khairy kena tukar teamnya di KKM. Team lama dah tak boleh pakai. Mungkin kena cari orang baharu, yang ada semangat baharu dan pendekatan baharu.

Khairy kena bawa masuk orang luar macam mantan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican dan pakar penyakit berjangkit yang diiktiraf dunia, Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Macam kata orang ‘team’ bola sepak dah gagal separuh masa pertama, kena bawa pemain baharu untuk menang separuh masa kedua.

Klik di sini untuk terus membaca