SHAH ALAM - Saiz kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah menyamai kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari segi bilangan menteri dan timbalan menterinya iaitu 31 menteri dan 38 timbalan menteri.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Saiz kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah menyamai kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari segi bilangan menteri dan timbalan menterinya iaitu 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

Malah ada sebilangan ahli politik mengatakan bahawa kabinet baharu yang ditampilkan seolah-olah terdiri daripada bekas menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ‘dikitar semula’.

Ismail Sabri hanya menampilkan lima muka baharu untuk untuk jawatan menteri dan empat muka baharu untuk jawatan timbalan menteri.

Mengapa Perdana Menteri ke sembilan itu tampil dengan saiz kabinet yang besar menyamai Muhyiddin sedangkan kerajaan PN sebelum ini berdepan dengan sentimen kegagalan terutamanya menangani krisis kesihatan melibatkan pandemik Covid-19 dan ekonomi.

Sinar Premium dan Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Kartini Aboo Talib menyenaraikan lima sebab yang terpaksa diambil oleh Ismail Sabri.

1. Kurang dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-15

Perdana Menteri hanya ada kurang dua tahun untuk mengemudi negara menghadapi dua krisis besar iaitu kesihatan dan ekonomi.

Jika beliau mengambil semua muka-muka baharu, menteri baharu ini perlu belajar selok belok pentadbiran, pekeliling kerajaan, prosedur, teknikal, keperluan birokrasi yang tebal dan bertingkat.

Jadi ia mengambil masa untuk menilai tempoh dua tahun lalu. Jika mahu membuat rancangan baharu semuanya mengambil masa sedangkan Blueprint Pelan Pemulihan telah dibuat secara komprehensif. Cumanya belum boleh dilaksana sepenuhnya kerana Muhyiddin dipaksa letak jawatan.

Penstrukturan semula kabinet mengambil masa dan ini tidak praktikal.

2. Menteri dalam perikatan yang sama

Mereka yang ada adalah dalam perikatan yang sama dan pilihan yang ada juga adalah terhad.

Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik juga sudah mempunyai pengalaman sebelum ini.

3. Keyakinan Ismail Sabri terhadap Jemaah Menterinya

Tindakan Perdana Menteri memperkenalkan istilah kabinet berprestasi tinggi ialah beliau yakin.

Menteri yang ada (lebih 80% adalah menteri dahulu yg sama dalam kabinet Muhyiddin) telah melaksanakan strategi paras kayu ukur (KPI) kementerian masing-masing dan perlu meneruskan kesinambungan menjayakan apa yang telah dirancang kerana semua rancangan kementerian telah dibahas, dibaiki, dipersetujui melalui Mesyuarat Jemaah Menteri yang dahulu.

Mereka tidak perlu buang masa membahaskan barisan kabinet Ismail Sabri, sebaliknya fokus kepada keyakinan menteri untuk melaksanakan KPI masing-masing dalam tempoh 100 hari pertama.

Ismail Sabri mengumumkan barisan kabinetnya pada Jumaat.

4. Elak rasa tidak puas hati parti yang menyokongnya

Pahit untuk ditelan tetapi itu hakikat yang perlu di terima Ismail Sabri.

Beliau mempunyai majoriti yang rapuh iaitu sekitar 114 sokongan. Jadi beliau perlu mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati mana-mana rakan gabungannya.

Strategi Ismail Sabri mengekalkan hampir keseluruhan muka lama kerana beliau mahu memastikan kerajaannya tidak diganggu gugat oleh parti komponen yang tidak berpuas hati jika terlalu banyak perubahan dibuat.

5. Tidak mahu menjejaskan usaha menangani krisis Covid-19

Pandemik Covid-19 di dalam negara merupakan krisis kesihatan yang amat kritikan di mana jumlah jangkitan Covid-19 sehingga kini telah mencecah lebih 1.7 juta.

Tidak mahu usaha pasukan terdahulu terjejas, Ismail Sabri memilih lebih 80 peratus muka sama membarisi kabinetnya.

Beliau juga mahu memastikan enam negeri iaitu Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah melebihi 50 peratus kadar vaksinasi pada akhir September ini.

Khairy yang sebelum ini Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi dilantik sebagai Menteri Kesihatan menggantikan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Klik di sini untuk terus membaca