AWANG nak ucapkan syabas dan tahniah pada kesemua 30 orang menteri yang angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada hari Isnin lalu.
Mereka anggota kabinet yang diberi tugas besar oleh Tuk Seri Perdana Menteri (PM) Baharu.
Harapan rakyat juga menggunung tinggi.
Ini bukan masanya nak persoalkan pelantikan itu. Memang kontroversinya masih belum habis.
Di media sosial dan dalam kalangan rakyat masih hangat persoalkan beberapa individu yang dilantik.
Ada yang kata patutnya dengan rekod peribadi kurang sempurna dan prestasi lemah sebelum ini tak patut dilantik.
Macam kata orang tua-tua, rumah dah siap pahat berbunyi lagi. Tapi rumah yang dah siap dibina itu patut tegap, kuat dan selamat supaya 100 hari nanti tak dengar bunyi pahat lagi.
Memang tak mudah bagi Tuk Seri PM Baharu hendak lantik orang yang sesuai. Dia nampaknya bersilat terajang politik kiri dan kanan dalam soal pelantikan itu.
Awang cuma nak nasihatkan pak dan mak menteri supaya buat kerja betul-betul. Sekarang tak ada masa berbulan madu. Kerja kena buat dengan cekap dan baik.
Bagi yang dah jadi menteri sebelum ini, tanya diri sendiri "macam mana saya nak perbaiki diri?” "Apakah kelemahan saya sebelum ini?”
Rakyat akan hukum Tuk Seri PM baharu dan kerajaannya jika orang yang dilantik gagalkan dia. Orang akan cari salahnya sebab yang melantik ialah beliau.
Klik di sini untuk terus membaca