FILIPINA mempunyai bilangan penduduk lelaki berkhatan antara tertinggi di dunia dan ia merupakan tradisi yang diamalkan sejak berkurun-kurun lalu sebelum negara berkenaan mendapat kemerdekaan dari Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1946.... Klik di sini untuk terus membaca

FILIPINA mempunyai bilangan penduduk lelaki berkhatan antara tertinggi di dunia dan ia merupakan tradisi yang diamalkan sejak berkurun-kurun lalu sebelum negara berkenaan mendapat kemerdekaan dari Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1946.

Menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 90 peratus lelaki telah dikhatankan di negara tersebut yang mempunyai jumlah penduduk seramai 111 juta pada tahun 2021. Daripada jumlah tersebut sebanyak lapan peratus daripada 111 juta populasi itu merupakan umat Islam.

Seorang ahli antropologi, Profesor Nestor Castro dari Universiti Filipina, berkata, amalan berkhatan di Filipina bermula sejak kedatangan agama Islam ke pulau yang

membentuk negara tersebut pada tahun 1450.

Penyebaran agama Islam di pulau-pulau di Filipina itu dilaporkan dilakukan oleh pedagang-pedagang Arab Muslim, selatan India dan kerajaan-kerajaan di Kepulauan Melayu.

Kerajaan-kerajaan Islam mula didirikan di Pulau Mindanao dan Sulu termasuk di Manila yang terletak di Pulau Luzon manakala nama-nama pemimpin Muslim seperti Sultan Kudarat, Rajah Lakandula dan Rajah Suleyman terpahat dalam sejarah kerana menentang penjajahan Sepanyol.

Namun, agama Kristian kemudian diperkenalkan di pulau-pulau yang membentuk Filipina pada tahun 1565 ekoran kedatangan seorang penjelajah dari Sepanyol, Miguel Lopez de Legaspi.

Beliau kemudian turut meluaskan lagi kekuasaan Sepanyol dan menyebarkan agama Kristian di pulau-pulau tersebut serta berperang dengan para pemimpin Muslim tempatan sebelum diangkat menjadi Gabenor Jeneral pertama Hindia Timur.

Bagaimanapun, Legaspi mengalami kesukaran untuk meluaskan lagi pengaruh dan agam Kristian di Pulau Mindanao dan Sulu kerana pemimpin dan penduduknya menentang kuat penjajahan tersebut.

Justeru, selepas negara Filipina terbentuk menjadi sebuah negara, ia kini dihuni oleh majoriti penduduk Kristian selepas berada selama 300 tahun di bawah pemerintahan penjajah Sepanyol.

Amerika Syarikat (AS) kemudian menewaskan Sepanyol dalam peperangan pada tahun 1898 sekali gus menjadi kuasa penjajah baharu tetapi kemudian memberikan kemerdekaan kepada Filipina pada tahun bulan Julai 1946.

Walaupun tidak lagi beragama Islam tetapi penduduknya tetap mengamalkan tradisi bersunat ke atas kanak-kanak lelaki yang berumur lapan hingga 12 tahun.

Alam dewasa

Ia juga dianggap sebagai permulaan untuk menuju ke alam dewasa dan kanak-kanak lelaki yang tidak berkhatan akan disindir dengan sebagai 'Suput.'

'Suput' itu mempunyai makna bahawa seseorang kanak-kanak tidak bersunat tersebut memberi petunjuk dia mungkin menjadi seorang yang homoseksual dan pengecut.

Pada setiap tahun, ribuan kanak-kanak lelaki dikhatankan di klinik-klinik kerajaan secara percuma dan tanpa bayaran atau di klinik-klinik yang ditaja oleh komuniti tempatan.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, musim berkhatan dibatalkan buat pertama kalinya berikutan pandemik Covid-19 tetapi padsa tahun ini kerajaan Filipina membenarkan ia diadakan semula.

Berkhatan dalam kalangan kanak-kanak di Filipina dilakukan secara meluas di negara itu sejak berkurun lamanya. - Foto AFP

Buat masa kini, negara itu mencatatkan lebih 1.9 juta kes jangkitan pandemik itu dan lebih 33,000 orang yang meninggal dunia.

Program berkhatan itu diadakan semula ketika sebahagian penduduk di negara tersebut telah menerima vaksin yang setakat 29 Ogos lalu lebih 13 juta orang telah mendapat dua suntikan Covid-19.

Kos untuk berkhatan bagi seorang kanak-kanak lelaki di sebuah hospital swasta adalah sehingga 12,000 peso (RM1,004) iaitu lebih tinggi daripada kebanyakan pendapatan pekerja di negara tersebut.

Justeru, keluarga yang miskin akan menunggu tawaran kerajaan yang menyediakan perkhidmatan berkhatan secara percuma pada setiap tahun kecuali pada tahun lalu.

Musim berkhatan beramai-ramai selalunya dilakukan pada bulan-bulan panas iaitu dari April hingga Jun pada waktu kanak-kanak sekolah cuti panjang.

Ekoran pandemik Covid-19, peraturan baharu diwujudkan sekali gus mengurangkan bilangan kumpulan yang berkhatan.

Kebanyakan kawasan juga masih belum memulakan perkhidmatan berkhatan secara percuma yang ditawarkan kepada penduduk ekoran Covid-19. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca