MEMANG banyak kejayaan yang telah dicapai selama 64 tahun negara kita merdeka. Tapi kita kena bandingkan juga negara kita dengan negara-negara yang berjaya macam Korea Selatan, Jepun, China dan Singapura. Negara-negara itu sama taraf, malah... Klik di sini untuk terus membaca

MEMANG banyak kejayaan yang telah dicapai selama 64 tahun negara kita merdeka.

Tapi kita kena bandingkan juga negara kita dengan negara-negara yang berjaya macam Korea Selatan, Jepun, China dan Singapura.

Negara-negara itu sama taraf, malah ada yang lebih terkebelakang daripada kita satu masa dulu.

Awang setuju sangat pandangan banyak orang bahawa penyakit paling besar negara membangun ialah rasuah dan salah guna kuasa.

Oleh sebab itu, kita tak boleh keluar dari tahap 'negara membangun'. Susah nak capai tahap 'negara maju' oleh sebab banyak keciciran dan ketirisan.

Macam dasar nak bantu orang Melayu dan bumiputera. Berapa banyak kementerian, jabatan, agensi, institusi pelaburan dan dana bantuan yang diwujudkan untuk mereka?

Tapi apakah tercapai rancangan untuk majukan ekonomi mereka?

Sebahagian besar isunya ialah rasuah dan sikap tidak jujur. Oleh itu, banyak duit untuk bantu orang Melayu dan bumiputera tercicir.

Berapa banyak kekayaan yang dikumpulkan kroni pemimpin politik? Berapa banyak individu ada 'kabel besar’ jadi jutawan mi segera? Berapa banyak pula kontrak kerajaan diberikan atas dasar pilih kasih?

Sebetulnya banyak penyangak di kalangan kita. Hari ini, sistem nilai bangsa kita terbalik, penyangak rasuah jadi hero yang didendangkan.

Awang sokong pandangan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub mahu merdekakan Malaysia daripada rasuah.

Awang fikir itulah semangat kemerdekaan yang patut kita tanamkan sempena Hari Kemerdekaan ke-64 ini. Dirgahayu Malaysiaku!

Klik di sini untuk terus membaca