KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan akan membantu pusat tahfiz di negeri ini yang terjejas hingga berdepan risiko ‘gulung tikar’ atau terpaksa menutup operasi kerana tidak mampu menampung kos pengurusan kesan pandemik Covid-19. Exco... Klik di sini untuk terus membaca

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan akan membantu pusat tahfiz di negeri ini yang terjejas hingga berdepan risiko ‘gulung tikar’ atau terpaksa menutup operasi kerana tidak mampu menampung kos pengurusan kesan pandemik Covid-19.

Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya ada menerima surat daripada beberapa pihak pentadbiran pusat tahfiz yang terlibat untuk meminta bantuan daripada kerajaan.

Menurutnya, kerajaan kini dalam proses meneliti permohonan itu dan bentuk-bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada tahfiz berkenaan.

"Kerajaan ada terima surat daripada beberapa pusat tahfiz yang memohon bantuan, tetapi belum ada laporan tahfiz yang ‘gulung tikar’ di negeri ini.

"Tahfiz yang terjejas, kita akan bantu dan lihat keperluan serta bantuan bersesuaian untuk disalurkan kepada mereka nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Kerajaan negeri Kelantan ada menerima surat daripada beberapa pusat tahfiz yang memohon bantuan kerana terjejas akibat pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata, Covid-19 adalah isu global yang memberi kesan terhadap segenap cabang menyebabkan pendakwah perlu perubahan supaya dapat mengikut keadaan semasa.

"Semua perlu lebih kreatif antaranya dengan memperkasakan platform secara dalam talian yang kini dilihat semakin ramai daripada kalangan pusat tahfiz mula memanfaatkan medium itu.

"Berdakwah perlu secara berhemah dan bijaksana, kalau ada keterbatasan, cari jalan mengatasinya,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca