SHAH ALAM - Pakar kesihatan awam menyarankan agar pelancong menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum memasuki Pulau Langkawi. Kerajaan juga perlu menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan pengendali pelancongan juga... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pakar kesihatan awam menyarankan agar pelancong menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum memasuki Pulau Langkawi.

Kerajaan juga perlu menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan pengendali pelancongan juga dikehendaki berdaftar dan lengkap dua dos vaksin.

Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berkata, kerajaan harus mengambil iktibar daripada tragedi yang berlaku di Phuket, Thailand.

Katanya, pusat pelancongan terkemuka itu terpaksa membatalkan pembukaan kawasan tersebut tidak sampai sebulan selepas kes Covid-19 meningkat semula.

"Penyediaan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas juga mesti disediakan oleh pihak berwajib agar tidak berlaku kekeliruan terhadap mana-mana pihak.

"Pengendali pelancongan kena berdaftar dan lengkap dos vaksin,” katanya.

Mohd Dzulkhairi berkata, pelancong disarankan untuk bergerak secara berkumpulan dan setiap perjalanan dilakukan secara terancang.

Pada 30 Julai lalu, Gabenor Phuket mengarahkan keseluruhan pulau peranginan itu ditutup dan melarang kemasukan pengembara dari wilayah lain bermula 3 Ogos.

Perintah yang ditandatangani Gabenor Narong Woonciew, menggariskan sekatan yang lebih ketat di Phuket selepas 148 kes jangkitan dilaporkan.

Kesemua kes itu berasal dari wilayah lain, manakala ada penduduk asal Phuket yang positif bekerja di wilayah lain.

Klik di sini untuk terus membaca