AWANG sokong sangat cadangan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk perkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) pemecatan ahli Parlimen yang lompat katak.
Akta yang diusulkan itu bertujuan mencegah perbuatan lompat parti dengan cara sewenang-wenangnya.
Selagi tidak ada RUU yang berkaitan, selagi itulah banyak katak politik melompat ibarat katak sebenar di musim hujan. Perbuatan mereka sangat keji dan memalukan.
Awang harap RUU ini betul-betul dibentangkan dan jadi kenyataan. Imej orang politik terjejas dengan teruk oleh banyak perbuatan mereka sendiri yang tak boleh dicontohi. Salah satu tindakan yang dibenci oleh rakyat ialah melompat parti.
Perbuatan ahli Parlimen seperti ini terbukti bawa banyak kerosakan pada negara. Kerajaan boleh bertukar, kerajaan yang tak diberi mandat dalam pilihan raya tiba-tiba memerintah, parti yang ditolak berkuasa semula dan macam-macam lagi boleh berlaku. Bukan sahaja parti tidak stabil tetapi kerajaan pun begitu juga.
Perbuatan lompat parti ini bertentangan dengan etika berpolitik dan pilihan raya. Memang patut ada undang-undang jikalau mana-mana ahli Parlimen lompat parti maka tempatnya harus dikosongkan dan pilihan raya kecil harus dibuat. Ini sahaja cara untuk mengajar katak-katak politik ini.
Klik di sini untuk terus membaca