AWANG setuju sangat dengan titah Sultan Selangor agar pegawai-pegawai agama negeri yang enggan divaksin tidak dibenarkan bertugas. Titah baginda mana-mana guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pegawai masjid dan surau serta jurunikah di negeri itu mestilah divaksin.
Baginda dimaklumkan masih terdapat 326 orang guru KAFA yang belum mendapat suntikan. Daripada jumlah itu, 95 memang enggan mengambil vaksin. Terdapat 6 orang jurunikah yang dikenal pasti enggan divaksin.
Pada waktu yang sama, baginda dimaklumkan bahawa terdapat 268 orang guru sekolah rendah dan 182 guru sekolah menengah di negeri Selangor yang enggan divaksin. Baginda amat kesal hal seperti itu berlaku.
Tugas pegawai-pegawai agama ini ada kaitan dengan orang ramai. Bagi guru-guru pula mereka berhadapan dengan murid-murid. Mereka harus fikirkan keselamatan orang lain dan bahaya perbuatan itu. Janganlah fikirkan diri mereka sendiri sahaja.
Awang tak faham sikap sesetengah orang yang tolak vaksin ini. Entah ilmu songsang dari mana mereka guna pakai. Mereka nampaknya tak peduli fatwa pelbagai majlis agama negeri yang membenarkan vaksin Covid-19 untuk orang Islam. Mungkin mereka anggap mereka lebih tahu dari orang lain. Atau sememangnya mereka degil dan tak bertanggungjawab.
Klik di sini untuk terus membaca