SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan memberi respons mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Undi 18 pada Selasa atau Rabu ini. Wan Junaidi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan memberi respons mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Undi 18 pada Selasa atau Rabu ini.

Wan Junaidi berkata, beliau perlu berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun terlebih dahulu.

"Saya kena berbincang dengan SPR dan Peguam Negara dahulu tentang apa tindakan-tindakan yang pada pandangan mereka yang perlu diambil.

"Saya pun belum tahu tentang butiran sama ada sudah ada atau belum negeri-negeri seluruh Malaysia meminda peruntukan berkaitan pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada Jumaat yang memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Klik di sini untuk terus membaca