KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan ada kakitangannya yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan tembakau kunyah di negara ini sejak 16 tahun yang lalu. Ketua... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan ada kakitangannya yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan tembakau kunyah di negara ini sejak 16 tahun yang lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir mengesahkan siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dilakukan jabatan itu.

"Perkara ini dalam siasatan pihak kami,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Isnin.

Media sebelum ini mendedahkan dalang utama sindiket yang dikenali sebagai Datuk M turut dikesan tidak pernah mengisytiharkan barangan import atau membayar cukai.

Nama Datuk M kini agak panas apabila dikaitkan dengan satu sindiket pengedaran dadah melibatkan rampasan bernilai RM14.4 juta menerusi Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 31 Ogos lalu.

Antara jenis tembakau kunyah di pasaran.

Difahamkan kegiatan sindiket itu dikatakan kebal kerana mempunyai 'kabel' kuat melibatkan beberapa pegawai kanan JKDM..

Sindiket itu dikatakan bergerak bebas sehinggakan `menguasai' Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ini dilakukan bagi melancarkan operasi penyusupan barangan yang diimport dari India tersebut.

Bukan itu sahaja malah sindiket terbabit didakwa turut bertindak menawarkan wang kepada beberapa pegawai kastam.

Tambah Abdul Latif lagi, pihaknya turut bersedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan.

"SPRM bebas untuk melakukan siasatan,” tegas beliau.

Info

Sindiket penyeludupan tembakau kunyah dipercayai beroperasi sejak 2005

Diseludup dari India.

Dipercayai tembakau kunyah ini untuk pasaran tempatan.

Penggemar tembakau kunyah ini terdiri daripada warga India, Bangladesh dan Myanmar di negara ini.

Difahamkan kegiatan sindiket itu dikatakan kebal kerana mempunyai 'kabel' kuat melibatkan beberapa pegawai kanan JKDM.”

Klik di sini untuk terus membaca