AWANG sokong penuh pandangan Tun mantan Perdana Menteri yang menulis bahawa rakyat berhak mendakwa Perdana Menteri yang dapat wang secara haram. Tulis beliau dalam blog Chedet, ‘Sepatutnya PM tidak boleh ada duit banyak. Penerimaan derma... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG sokong penuh pandangan Tun mantan Perdana Menteri yang menulis bahawa rakyat berhak mendakwa Perdana Menteri yang dapat wang secara haram.

Tulis beliau dalam blog Chedet, ‘Sepatutnya PM tidak boleh ada duit banyak. Penerimaan derma pun salah walaupun dengan ikhlas. Jika ada duit diterima, itu untuk parti tetapi jika dimasukkan ke dalam akaun peribadi, itu salah.’

Maksudnya seorang PM tak boleh jadi kaya-raya kerana kedudukannya.

Kalau dulu nilai wangnya RM1 juta, ia tak patut bernilai RM200 juta selepas dia jadi PM. Kalau dulu anak-anaknya pakai kereta Proton Saga, sekarang mereka tak patut pakai kereta Ferrari.

Awang percaya pandangan itu relevan juga untuk ahli politik yang lain juga termasuk menteri. Jangan sampai dulu bawa Honda Civic tiba-tiba sekarang ada 20 buah kereta mewah dan harta yang banyak di sana sini.

Kita kena belajar daripada PM yang awal macam Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Mereka tak jadi kaya-raya.

Kita kena ikut contoh Tun Hussein Onn yang terkenal kerana ‘lokek’ dalam soal urus harta negara. Orang macam mantan Timbalan PM, Tun Dr Ismail patut sangat kita contohi. Banyak pemimpin UMNO masa era kemerdekaan hidup seadanya.

Hari ini keadaannya sudah lain. Orang masuk politik kerana mahukan kedudukan. Kedudukan jamin peluang buat duit. Mungkin bukan semua. Tapi oleh sebab dah banyak kerbau politik buat begitu, nama orang politik seluruhnya dah terpalit.

Klik di sini untuk terus membaca