MACAM rakyat Malaysia yang lain juga, Awang agak terkejut dengan berita membabitkan tuduhan rasuah akhir-akhir ini. Dalam seminggu ini mantan lembaga pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan mantan peguam UMNO bebas daripada... Klik di sini untuk terus membaca

MACAM rakyat Malaysia yang lain juga, Awang agak terkejut dengan berita membabitkan tuduhan rasuah akhir-akhir ini. Dalam seminggu ini mantan lembaga pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan mantan peguam UMNO bebas daripada tuduhan.

Dalam kes mantan lembaga pengarah Felda itu, alasan SPRM adalah beliau telah memulangkan wang terbabit sebelum siasatan bermula. Beliau telah dituduh dalam 29 kes rasuah.

Awang bukan pandai soal undang-undang. Awang lebih jahil cara SPRM bekerja. Selama ini Awang sanjung tinggi integriti SPRM. Tapi Awang risau alasan beliau bebas tuduhan itu. Pelik juga rasanya alasan itu.

Apakah kalau Awang akan dituduh rasuah, cepat-cepat Awang pulangkan duit yang Awang ambil sebelum Awang disiasat, maka Awang akan bebas tuduhan?

Maksudnya kalau tiada aduan atau siasatan maka ‘selamatlah’ duit yang Awang ambil dengan cara salah itu. Logik ini yang Awang tak faham. Awang percaya SPRM ada alasan mengapa hal itu berlaku.

Awang harap SPRM buat kenyataan penuh untuk jelaskan hal sebenar. Dengan beberapa perkembangan terbaru, orang ramai mulalah bersangka buruk.

Apakah benar SPRM bebas? Oleh sebab itu banyak suara yang mahukan SPRM betul-betul jadi badan yang tak dikacau oleh politik, maksudnya diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen.

Cadangan ini dibawakan oleh banyak pihak. Transparency International Malaysia juga nampaknya menyokong.

Klik di sini untuk terus membaca