KALAU dalam filem Melayu lama, tentulah soalan yang ditanyakan pada seseorang ketua yang banyak 'pembantu’ adalah 'berapa banyak mahu da?’ Agaknya itulah soalan yang rakyat nak tanya pada sesetengah menteri kita. Awang nampak ada... Klik di sini untuk terus membaca

KALAU dalam filem Melayu lama, tentulah soalan yang ditanyakan pada seseorang ketua yang banyak 'pembantu’ adalah 'berapa banyak mahu da?’

Agaknya itulah soalan yang rakyat nak tanya pada sesetengah menteri kita.

Awang nampak ada menteri yang bukan sahaja ada dua timbalan, beberapa orang pegawai khas, pembantu dan lain-lain, ada pula penasihat.

Baru-baru ini, Khairy Jamaluddin (KJ) lantik bukan seorang penasihat tapi dua orang! KJ gunakan khidmat nasihat mantan Ketua Puteri Malaysia yang juga mantan Timbalan Menteri Kesihatan dan orang kuat persatuan tinju negara.

Memang Awang faham tugas yang dipikul oleh KJ. Kementerian yang dipimpinnya sangat penting sekali. Awang percaya banyak cabaran yang dihadapi untuk lawan pandemik Covid-19.

Tapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada ribuan kakitangan. Pakar dalam hal pentadbiran dan pengurusan pun banyak. Ada pegawai tadbir yang cekap yang boleh bantu.

Dalam hal pengurusan kesihatan ramai pakar di sana. Tak cukup pakar dalaman, ambillah daripada mereka yang berwibawa macam mantan Ketua Pengarah Kesihatan yang masih ada.

Rakyat tercium agenda politik di sebalik semua pelantikan itu. Rakyat bertanya dalam keadaan susah kenapa kerajaan tak berhemah.

Cukup-cukuplah lantikan begitu banyak menteri dan timbalan menteri. Kalau semua menteri ada penasihat itu dan ini, besarlah birokrasi dan kos. KJ patut lebih tahu dan tunjuk contoh baik.

Klik di sini untuk terus membaca