IBARAT burung yang lama terkurung, apabila dibuka sangkarnya maka berterbanganlah burung-burung menghirup udara bebas.
Begitulah ibaratnya apabila kerajaan umumkan kelonggaran untuk rentas daerah dan negeri.
Penduduk Lembah Kelang mulai semalam (Khamis) dah mula keluar. Jalan raya dah mula sesak. Khabarnya premis perniagaan dah mula bernafas lega. Bolehlah mereka berniaga semula.
Mengikut laporan akhbar ini, tempahan untuk hotel di Lembah Klang hampir penuh.
Pihak hotel pula bagi diskaun gila-gila kata orang sekarang. Itu semua tarikan untuk orang keluar dari rumah.
Namun demikian Awang nak ingatkan semua orang, bebas bukan ertinya lepas daripada ancaman pandemik. Kita masih dalam keadaan genting dan cemas.
Kadar jangkitan harian masih tinggi. Kadar kematian pun begitu juga. Jadi, janganlah lalai dan ambil mudah. Ikutlah SOP yang ditetapkan.
Pada hujung tahun lalu kerajaan beri kebebasan, lihatlah apa yang berlaku. Kes jangkitan melambung. Akibatnya kita dikurung selama lapan bulan.
Kelonggaran untuk rentas daerah atau makan di restoran adalah bagi mereka yang divaksin sepenuhnya.
Mereka yang tak mahu divaksin, elok duduk di rumah sahaja. Di negara lain, dah ada dasar no jab, no job (tak disuntik, tak boleh kerja). Patutnya itu juga dilaksanakan di sini.
Orang yang enggan divaksin membahayakan orang lain selain dirinya sendiri.
Klik di sini untuk terus membaca