SHAH ALAM - Pengusaha rumah penginapan di beberapa kawasan pelancongan di negara ini mula menerima tempahan sejak kerajaan mengumumkan kelonggaran untuk aktiviti pelancongan. Pengusaha Eylizar Homestay di Langkawi, Kedah, Rosliza Talhad... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pengusaha rumah penginapan di beberapa kawasan pelancongan di negara ini mula menerima tempahan sejak kerajaan mengumumkan kelonggaran untuk aktiviti pelancongan.

Pengusaha Eylizar Homestay di Langkawi, Kedah, Rosliza Talhad berkata, pihaknya mula menerima pertanyaan dan tempahan daripada pelanggan sebaik saja kerajaan mengumumkan pembukaan gelembung perjalanan bagi aktiviti pelancongan ke pulau tersebut bermula 16 September ini.

Katanya, ia termasuk mereka yang sebelum ini sudah menempah tetapi terpaksa menangguhkan perjalanan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

"Untuk yang sudah membuat tempahan sebelum ini tapi terpaksa menangguhkannya, mereka mula menghubungi kami untuk menetapkan tarikh baharu dalam Oktober atau November,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada 3 September lalu, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mengumumkan pulau peranginan tersebut bersedia menerima kedatangan pelancong di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September ini.

Kerajaan juga membenarkan aktiviti pelancongan bagi negeri yang telah memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Rosliza berkata, sebahagian besar pelanggan yang menghubunginya dilihat masih berhati-hati sebelum membuat tempahan.

"Contohnya, mereka mahu melancong bersama keluarga dan mencari tarikh sesuai. Apabila melibatkan jumlah yang ramai, biasanya mereka takut untuk buat tempahan lagi,” jelasnya.

Sementara itu, pengusaha Sri Melor Homestay di Kuala Selangor, Muhammad Harith Shauqi Sani mengakui menerima tempahan bermula minggu lalu.

Katanya, jumlah tempahan yang diterima masih rendah berbanding sebelum PKP pada awal tahun ini.

"Kebanyakan daripada mereka akan bertanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk menginap di sini,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca