SHAH ALAM - Penjualan atau pembelian bekalan oksigen tanpa mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengundang bahaya kepada pengguna. Bekas Presiden Persatuan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penjualan atau pembelian bekalan oksigen tanpa mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengundang bahaya kepada pengguna.

Bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Profesor Datuk Dr M Subramaniam berkata, sekiranya kandungan oksigen tidak diberikan mengikut prosedur ditetapkan, ia boleh menyebabkan cacat penglihatan bagi golongan kanak-kanak.

"Kalau oksigen biasa, ia mampu membekalkan sebanyak 21 peratus sahaja.

"Kalau lebih daripada itu, ia boleh mengundang risiko berbahaya. Kalau budak kecil, dia berisiko untuk jadi buta.

"Kalau orang dewasa pula, dia boleh terbakar. Lebih-lebih lagi kalau dia berhampiran dengan api,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, Dr M Subramaniam dalam satu kenyataan melahirkan rasa bimbang terhadap iklan bekalan oksigen yang berleluasa dengan mendakwa alat itu boleh membekalkan sebanyak 99 peratus oksigen tulen untuk kegunaan isi rumah.

Dr M Subramaniam

Beliau berkata, penjualan dan pembelian bekalan oksigen yang tidak terkawal harus dihentikan kerana amalan tersebut tidak bermanfaat, bahkan boleh membahayakan pesakit serta menyebabkan kebakaran.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam turut menggesa orang ramai supaya membeli bekalan oksigen dengan cara yang betul.

"Kadang-kadang orang ingat bila kekurangan oksigen, dia boleh beli di mana-mana sahaja.

"Sepatutnya tak boleh jual macam itu. Kalau dijual, perlu lihat dahulu konsentrasinya, berapa kandungan nitrogen, oksigen dan karbon dioksida yang dikeluarkan.

"Apabila berbeza, itu yang membahayakan nyawa seseorang,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca