ADA orang kata Tuk Seri Perdana Menteri (PM) baharu tak sekuat mana pun. Tapi dalam sehari dua ini kita nampak belang sebenar beliau. Beberapa sepak terajang politik beliau nampak sangat bijak. Apabila sebahagian besar pembangkang... Klik di sini untuk terus membaca

ADA orang kata Tuk Seri Perdana Menteri (PM) baharu tak sekuat mana pun. Tapi dalam sehari dua ini kita nampak belang sebenar beliau. Beberapa sepak terajang politik beliau nampak sangat bijak.

Apabila sebahagian besar pembangkang tandatangan memorandum persefahaman (MoU) dalam urusan pentadbiran negara, itu kejutan besar bagi semua. Ramai orang anggap itu master stroke (maaf, dengan izin) Tuk Seri PM baharu untuk kontrol musuh politiknya di luar kerajaan. Orang anggap itu tindakan terbaik beliau setakat ini.

Bukanlah Awang tak sokong sebarang usaha nak stabilkan politik, nak tangani pandemik Covid-19 dan urus ekonomi masa ini. Semua langkah itu penting. Seri Paduka Baginda pun dah bagi nasihat. Tapi cara puak-puak pembangkang yang diketuai oleh Tuk Seri Anwar Ibrahim ikut rentak Tuk Seri PM baharu, nampak sangat ada yang tak kena.

Banyak penyokong parti pembangkang yang kata, perlukah MoU itu? Tak bolehkah sokong kerjasama berdasarkan kes. Mana yang betul sokong, yang salah bangkang. Itu tugas pembangkang. Tak perlulah bercumbu-cumbu dengan musuh sampai begitu sekali. Cara ini macam bagi cek kosong kepada kerajaan Tuk Seri PM baharu. Beliau pun terjamin selamat daripada dicabar oleh undi tak percaya sehingga pilihan raya akan datang.

Memanglah ini satu sejarah baharu bagi negara. Tapi apakah Tuk Seri Anwar dan puak-puak pembangkang dapat faedah daripada MoU ini?

Klik di sini untuk terus membaca