PERBINCANGAN mengenai Belanjawan 2022 semakin popular dengan jangkaan bahawa kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan bagi mengatasi kesan ekonomi negatif Covid-19. Tetapi ada yang berpendapat peningkatan perbelanjaan patut digunakan untuk... Klik di sini untuk terus membaca

PERBINCANGAN mengenai Belanjawan 2022 semakin popular dengan jangkaan bahawa kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan bagi mengatasi kesan ekonomi negatif Covid-19.

Tetapi ada yang berpendapat peningkatan perbelanjaan patut digunakan untuk penyusunan semula ekonomi ke arah pertumbuhan yang lebih tinggi.

Cadangan 'building back better' (BBB) ​​bagi Belanjawan 2022 adalah ibarat pepatah 'membunuh dua ekor burung dengan satu batu', iaitu sementara menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Belanjawan 2022 yang kini dalam persediaan kerajaan juga patut mengorientasikan semula ekonomi ke arah pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan nilai tambah tinggi.

Saya menyokong cadangan BBB pada prinsipnya, tetapi saya mengesyorkan agar Belanjawan 2022 memasukkan mekanisme pertukaran yang membolehkan Kementerian Kewangan memperuntukkan semula longgokan dana yang disasarkan untuk BBB kepada bantuan bencana dan program perubatan dengan cepat.

Hal ini kerana cadangan BBB tidak boleh menjadi penyelesaian seperti yang didakwanya.

Kemerosotan ekonomi pada tahun 2020 dan kelembapan ekonomi pada tahun 2021 tidak diakibatkan oleh kejutan sisi permintaan yang negatif, misalnya berpunca daripada kegagalan bank-bank yang ada.

Sebaliknya, ia berlaku atas arahan kerajaan yang menutup penawaran terhadap kebanyakan perniagaan (terutamanya perniagaan kecil dan sederhana serta firma perkhidmatan).

Merudumnya ekonomi seperti ini adalah sesuatu yang luar biasa kerana ia terpaksa dilakukan untuk mengekang penularan Covid-19.

Kerajaan dengan sengaja telah mencetuskan kerosakan kolateral terhadap ekonomi kerana baginya menyelamatkan nyawa adalah lebih penting, serta penghapusan Covid-19 (atau kawalan yang baik) sajalah dilihat mampu memulihkan semula ekonomi.

Langkah pengurangan hasil pengeluaran yang luar biasa ini menunjukkan bahawa bencana negara seperti Covid-19 memerlukan pengurusan ekonomi yang luar biasa.

Satu cadangan utama daripada keadaan ini adalah kewujudan dasar fiskal sementara yang tidak mengikut kelaziman pada tahun 2022 adalah optimum bagi menangani pandemik luar biasa sekarang.

Maka dasar fiskal yang berkembang untuk mengatasi Covid-19 sepatutnya menjadi satu bentuk usaha bantuan kecemasan bencana dan bukannya penyuntikan rangsangan ekonomi mengikut teori Keynes.

Perbelanjaan sementara kerajaan yang besar pada aktiviti bantuan bencana kecemasan yang dilaksanakan dengan betul akan melindungi punca pendapatan rakyat dan mempertingkatkan daya ketahanan ekonomi syarikat Malaysia tanpa menyebabkan kenaikan signifikan dalam Indeks Harga Pengguna (CPI).

Rangsangan ekonomi umum jenis atau mengikut teori Keynes yang tidak bersasar akan menghasilkan kenaikan CPI dan import tanpa membawa faedah yang sama kepada rakyat dan syarikat Malaysia.

Adalah sangat penting untuk kita sedar terdapat dua jenis program fiskal dengan implikasi yang berbeza.

Ini adalah antaranya:

1. Program bantuan bencana yang menyelamatkan nyawa dan memelihara ketahanan ekonomi dengan memberi bantuan segera kepada golongan susah B20 dan PKS

2. Program penstabilan makro berorientasikan pertumbuhan yang meletakkan Malaysia pada jalan pertumbuhan yang lebih tinggi namun, tidak meringankan beban kesusahan B20 dan PKS dengan segera. Perbezaan utama yang lain antara kedua-dua program perbelanjaan adalah:

1. Pelaksanaan program bantuan bencana hanya terpakai apabila kejatuhan ekonomi disebabkan oleh negara menutup pengeluaran keseluruhan dengan kaedah pentadbiran.

2. Pelaksanaan program penstabilan makro berorientasikan pertumbuhan terpakai pada setiap masa tanpa mengira fasa kitaran perniagaan, sungguhpun kurang bijak dalam fasa kenaikan.

Perangkap kepercayaan

Kementerian Kewangan mesti mengorbankan dua ekor ‘lembu suci’ dalam pengurusan fiskal konvensional sewaktu keadaan Covid-19 sekarang.

Lembu suci pertama yang patut dikorbankan adalah kebencian turun taraf.

Amaran yang biasa diberikan bank pelaburan adalah negara membangun selamat daripada penurunan mengenai bon berdaulatnya apabila defisit fiskalnya berada di bawah tiga peratus daripada KDNK, dan menuju ke arah penurunan kedudukan kewangannya apabila defisit fiskalnya melebihi tujuh peratus.

Kaedah mekanikal ini tidak masuk akal dari sudut pandang ekonomi apabila defisit fiskal sebanyak tujuh hingga 10 peratus bukan sahaja bersifat sementara, bahkan penting bagi mengekalkan kestabilan sosial dan memastikan mekanisme pemulihan beroperasi dengan baik seiring dengan syarikat yang bersiap sedia untuk menyambung semula operasi.

Apa-apa penurunan yang berlaku tidak akan bertahan lama kerana pemulihan berbentuk-V dalam KDNK akan berlaku serta turut mengubah pengurus bank pelaburan kepada pasukan sorak Malaysia.

Dan suatu penurunan yang teruk pasti akan berlaku apabila kekacauan sosio-politik dimulakan selepas ekonomi tidak berkembang secara berpanjangan.

Lebih baik merisikokan penurunan sementara yang kecil dalam penarafan bon daripada merisikokan pencucuhan kitaran ekonomi yang penat, ketidakstabilan politik dan masalah sosial.

Lembu suci kedua dalam pengurusan fiskal yang mesti disembelih semasa Covid-19 ialah ketakutan terhadap penyusutan nilai mata wang yang signifikan.

Amaran biasa IMF mengenai penyusutan nilai mata wang daripada suatu defisit belanjawan yang lebih tinggi adalah sah hanya apabila defisit belanjawan yang lebih tinggi tidak berlaku di kebanyakan negara lain.

Pada hari ini, defisit belanjawan dibesarkan adalah fenomena global umum dan peningkatan defisit belanjawan di G7 adalah jauh lebih tinggi daripada Malaysia.

Oleh sebab kadar pertukaran Ringgit bukan sahaja ditentukan ekonomi di Malaysia tetapi ekonomi di negara lain, Kementerian Kewangan tidak patut takut dengan mantera ini dalam manual operasi IMF.

Dasar fiskal

Kerajaan tidak patut mengelak daripada melakukan pengagihan pendapatan secara langsung buat sementara waktu kepada golongan termiskin dan paling terjejas.

Dua kumpulan patut disasarkan dalam usaha bantuan kecemasan, iaitu B40 dan PKS. Memandangkan kredit cukai dan pengurangan cukai tidak menguntungkan B20, pemindahan wang tunai secara langsung kepada kumpulan ini sangat diperlukan.

Kebimbangan biasa berkenaan ketiadaan insentif untuk bekerja patut ditolak kerana kepenatan ekonomi semasa bukan disebabkan oleh pekerja yang mengambil cuti untuk berfoya-foya.

Harus juga disedari bahawa kredit cukai, pemotongan cukai dan kadar cukai yang lebih rendah tidak dapat membantu PKS bertahan apabila mereka mengalami kerugian.

Mereka memerlukan bantuan untuk membayar sewa, membayar hutang dan memastikan tenaga kerja mereka dalam keadaan baik.

Oleh itu, undang-undang untuk mengenakan moratorium sementara atau pengurangan sementara, dalam kewajipan PKS membayar sewa dan hutang adalah diperlukan, tatkala kerajaan tidak mempunyai kuasa mengawal selia berbuat sedemikian.

Kementerian Kewangan juga patut menggesa Bank Negara Malaysia untuk beri pinjaman Covid-19 kepada bank perdagangan bagi membantu PKS membayar gaji, sewa dan bayaran hutang.

Pinjaman

Bank Negara Malaysia akan menghapus kira pinjaman Covid-19 kepada bank perdagangan secara beransur-ansur dengan itu membenarkan bank perdagangan untuk melakukan perkara yang sama bagi pinjaman Covid-19 mereka kepada PKS.

Yang paling penting sekali, Kementerian Kewangan mesti mengukuhkan keupayaan sistem perubatan untuk mengawal wabak Covid-19.

Pembiayaan bagi perkhidmatan kesihatan awam mesti dinaikkan untuk meningkatkan kemampuannya untuk menguji dan mengesan Covid-19 dan hospital awam mesti dapat menambah dan meningkatkan rawatan mereka terhadap penyakit itu terutamanya bagi komuniti yang secara lazimnya dipinggirkan.

Kementerian Kewangan mesti memulakan pembiayaan program akses pendidikan baharu untuk membolehkan sekolah menawarkan pendidikan dalam talian yang berkesan kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dan untuk mengembangkan ketersediaan internet jalur lebar ke seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar dan pada harga yang rendah.

Kami perhatikan bahawa kedua-dua pembiayaan tambahan sebelumnya yang berkaitan dengan perubatan dan pendidikan semasa Covid-19 benar-benar merupakan langkah bantuan bencana dan bukannya langkah BBB.

Kesan-kesan positif daripada dasar fiskal yang tidak mengikut kelaziman itu, rakyat akan mempunyai akses kepada makanan, tempat tinggal, rawatan perubatan dan akses pendidikan bagi anak-anak mereka yang hampir normal. Perniagaan pula dapat mengelak daripada menutup operasi.

Keadaan peruntukan belanjawan adalah serupa dengan keadaan di mana suatu bangunan pangsapuri uzur yang sedang terbakar.

Patutkah pengarah operasi memberi tumpuan untuk mengeluarkan semua penduduk dari bangunan itu dan memadamkan api atau wajarkah untuk membaiki paip yang bocor dan mengecat rumah pada masa sama? Belanjawan 2022 sudah tentu akan membiayai kedua-dua pakej bantuan bencana dan pakej BBB.

Kementerian Kewangan mesti memasukkan kewaspadaan dan sikap yang fleksibel dalam pengawasan belanjawan dan proses pembekalan agar dapat bertindak balas secara sesuai terhadap Covid-19 pada tahun 2022.

Jika keadaan Covid-19 tiba-tiba bertambah buruk, program BBB patut dipotong dan tidak ditangguhkan, manakala dana yang dilepaskan patut dilencongkan ke aktiviti bantuan bencana dan begitu juga sebaliknya.

* Woo Wing Thye ialah Presiden Institut Asia Tenggara Jeffrey Cheah, Sunway University

Klik di sini untuk terus membaca