SEBUAH kapal pemecah ais belayar melalui kawasan permukaan laut yang beku di Lautan Artik dengan tujuan untuk membersihkan laluan ke Kutub Utara. Semua pemandangan itu kelihatan berwarna putih tetapi di sini kesan akibat perubahan iklim... Klik di sini untuk terus membaca

SEBUAH kapal pemecah ais belayar melalui kawasan permukaan laut yang beku di Lautan Artik dengan tujuan untuk membersihkan laluan ke Kutub Utara.

Semua pemandangan itu kelihatan berwarna putih tetapi di sini kesan akibat perubahan iklim dapat dilihat dengan jelas.

Seorang warga Rusia, Dmitry Lobusov telah menyaksikan kesan perubahan iklim itu.

Dia telah menjadi kapten kapal '50 Let Pobedy' yang bermaksud dalam bahasa Melayu iaitu '50 Tahun Dalam Kemenangan' selama 13 tahun.

Ia merupakan sebahagian daripada kumpulan kapal Rusia yang digunakan untuk menggambarkan kekuatannya di perairan Artik.

'50 Let Pobedy' yang besar dan berkuasa nuklear itu membersihkan laluan laut di Lautan Artik untuk kegunaan kapal-kapal komersial bagi menghantar minyak, gas dan mineral bagi kegunaan penduduk dunia.

Laluan itu juga menghubungkan antara Asia dan Eropah yang dianggap oleh Rusia sebagai saingan kepada Terusan Suez yang kini menjadi milik Mesir.

Dmitry Lobusov merasai sendiri kadar perubahan ais di Lautan Artik. - Foto AFP

Lobusov, 57, yang mempunyai janggut berwarna putih dan kerap menghisap paip telah berada di lautan hampir 30 tahun dengan kebanyakannya di Artik.

Dia sekali gus melihat perubahan yang dibawa kesan daripada pemanasan global.

"Pada tahun 1990an dan awal 2000an, ais adalah tebal," katanya seperti dilaporkan oleh AFP yang memakai pakaian seragam berwarna biru.

"Sepatutnya terdapat banyak ais yang sempurna," tambahnya lagi.

Dia merujuk kepada ais yang membentuk ais di permukaan air di lautan tersebut.

Kini katanya, ais seumpama itu tidak lagi dapat dilihat di permukaan Lautan Artik.

Selepas bertahun-tahun di lautan, Lobusov menyatakan perubahan iklim di Artik tidak boleh dinafikan.

Dia berkata, Kutub Utara kini dilanda kabut pada musim panas.

Seorang penjelajah di kawasan Artik, Viktor Boyarsky 70, turut mengaku bahawa pemanasan global memang wujud.

Namun dia berkata, aktiviti manusia tidak memainkan peranan utama dan kesannya terhadap alam sekitar tidak boleh ditarik balik.

Menurut agensi perkhidmatan meteorologi Rusia dikenali sebagai Rosgidromet dalam laporannya pada Mac lalu bahawa ais yang meliputi Artik nipis tujuh kali ganda berbanding pada tahun 1980an.

Pada September 2020, ais yang meliputi Artik Rusia hanya di kawasan seluas 26,000 kilometer persegi sekali gus mencipta rekod paling sedikit pada tahun itu.

Presiden Rusia, Vladimir Putin turut dikatakan telah berasa skeptik tentang pemanasan global sehingga pendirian tentang perkara itu juga berubah.

Justeru, Putin baru-baru ini mengarahkan kerajaannya untuk memajukan rancangan bagi mengurangkan pelepasan karbon di bawah kadar yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah menjelang tahun 2050. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca