AWANG tak salahkan sesetengah rakyat yang rasa cemas melihat destinasi pelancong diserbu oleh pengunjung. Contohnya Pulau Langkawi.
Khabarnya setakat semalam (Khamis), seramai 3,200 pelancong sudah sampai di pulau itu. Seramai 30,000 orang lagi akan sampai dalam dua minggu ini.
Sehingga Disember, dipercayai kira-kira 200,000 orang akan berada di situ.
Memandangkan kes jangkitan yang tidak turun-turun, memang nampaknya keadaan itu mencemaskan. Tapi Awang faham juga kenapa kerajaan bagi kelonggaran rakyat pergi ke destinasi pelancongan.
Rakyat dah lama berkurung, ini peluang untuk mereka ‘keluar’ daripada kurungan.
Awang juga faham faktor ekonomi dalam soal ini. Tanpa pelancongan domestik semakin parahlah industri hospitaliti di negara ini.
Pihak pengusaha hotel, rumah tumpangan, pemilik homestay, semuanya mengeluh. Ejen-ejen pelancongan begitu juga. Syarikat penerbangan tempatan bernafas dalam lumpur.
Ini peluang yang baik untuk pulihkan keadaan. Banyak nanti yang dapat manfaat termasuk peniaga restoran dan kedai makan.
Tapi SOP kenalah jaga. Mereka yang tidak divaksin tak patut dibenarkan ke destinasi pelancongan. Kawalan mesti dibuat di semua tempat popular. Gunakanlah RELA tempatan untuk kawal orang ramai.
Awang fikir kita kena belajar hidup dengan Covid-19. Kita tak tahu berapa lama pandemik ini berterusan. Takkanlah kita nak terus penjara diri kita selama-lamanya.
Klik di sini untuk terus membaca