CAPE CANAVERAL - Empat individu bertuah mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan pertama menyertai misi pelancongan ke angkasa lepas digelar Inspiration4 yang dilancarkan syarikat aeroangkasa, SpaceX milik bilionair, Elon Musk pada Rabu.... Klik di sini untuk terus membaca

CAPE CANAVERAL - Empat individu bertuah mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan pertama menyertai misi pelancongan ke angkasa lepas digelar Inspiration4 yang dilancarkan syarikat aeroangkasa, SpaceX milik bilionair, Elon Musk pada Rabu.

Kuartet angkasawan amatur itu diketuai bilionair yang juga Ketua Eksekutif firma perkhidmatan kewangan, Shift4 Payments, Jared Isaacman, 38, yang membiayai sepenuhnya kos ekspedisi itu dianggarkan mencecah AS$200 juta (RM831 juta) yang berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Kru tersebut terdiri daripada Hayley Arceneux, 29, yang merupakan seorang pejuang barah, Sian Procotor, 51, yang berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah kolej komuniti dan kakitangan firma aeroangkasa, Lockheed Martin berusia 42 tahun, Chris Sembroski.

Kru angkasawan amatur itu ketika menyertai latihan hipoksia sebagai langkah persediaan jika berdepan situasi hipoksia di persekitaran oksigen pada tahap rendah.

Difahamkan, misi dirancang Isaacman itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan mengumpulkan dana untuk pusat barah pediatrik di St Jude Children's Hospital, Memphis di Tennessee.

Dalam tempoh tiga jam selepas pelancaran roket yang membawa kapsul Crew Dragon itu, ia telah mencapai ketinggian orbit terakhir iaitu lebih 575 kilometer yang didakwa lebih tinggi daripada kedudukan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan Teleskop Angkasa Hubble.

Pelancaran roket yang membawa kapsul Crew Dragon mencapai ketinggian orbit terakhir iaitu lebih 575 kilometer yang didakwa lebih tinggi daripada kedudukan ISS dan Teleskop Angkasa Hubble.

Menurut SpaceX, ia adalah altitud paling tinggi pernah dicapai manusia dari bumi sejak program penjelajahan bulan, misi Apollo yang dilancarkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berakhir pada 1972 dan merupakan kru ketiga pernah dihantar dari AS sejak sedekad lalu.

Kru tersebut akan kekal berada dalam kapsul berkenaan selama tiga hari ketika ia mengelilingi orbit untuk setiap tempoh 90 minit pada kelajuan lebih 28,163 kilometer sejam sebelum kembali semula ke bumi pada Sabtu.

Kapsul Crew Dragon berukuran empat meter lebar dan turut dilengkapi tandas mesra grafiti sifar.
Mereka akan terapung sambil menikmati panaroma menakjubkan bumi dari angkasa selama tiga hari.

Sepanjang tempoh itu, kuartet pelancong itu akan terapung di dalam kapsul Crew Dragon berukuran empat meter lebar sambil menikmati panaroma menakjubkan bumi dari angkasa lepas.

Mereka juga bakal berkongsi tandas mesra grafiti sifar yang terletak berhampiran bahagian atas kapsul, namun kesemuanya tidak dibenarkan untuk mandi manakala tempat tidur pula adalah di kerusi sama ketika fasa pelancaran roket berkenaan.

SpaceX berharap, misi bersejarah itu akan membuka jalan kepada lebih banyak ekspedisi sama pada masa depan.

Garis cahaya terhasil sejurus pelancaran roket Falcon 9 yang membawa kuartet pelancong angkasa tersebut.

Menerusi ciapan di Twitter, SpaceX memaklumkan #Inspiration4 merealisasikan visi mereka untuk melihat firma swasta dapat membawa kargo dan pelancong ke orbit rendah bumi.

"Lebih banyak peluang untuk meneroka ke angkasa lepas bermakna lebih banyak peluang untuk mempelajari ilmu sains," ujarnya.

Misi Inspiration4 juga disebut sebagai permulaan era baharu untuk pelancongan ke angkasa lepas yang boleh disertai individu biasa yang berkemampuan dan bukan hanya angkasawan terlatih.

Kejayaan itu dicapai kira-kira dua bulan selepas Blue Origin yang merupakan pesaing Space X, melancarkan misi sama dalam waktu singkat selama kira-kira 10 minit dengan menaiki roket New Shepard yang membawa empat kru termasuk pengasasnya, Jeff Bezos yang berlepas dari Texas pada Julai lalu.

Pesaing Space X melancarkan misi sama dengan menaiki roket New Shepard yang membawa empat kru termasuk pengasas syarikat aeroangkasa, Blue Origin, Jeff Bezos yang berlepas dari Texas pada Julai lalu.
Klik di sini untuk terus membaca