AWANG lega hati apabila Tuk Seri PM baharu janjikan peruntukan sebanyak RM9 bilion untuk Sabah dan Sarawak. Sewaktu buat lawatan pertama sebagai PM ke Sabah, beliau umumkan akan salurkan peruntukan itu di bawah bajet Rancangan Malaysia... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG lega hati apabila Tuk Seri PM baharu janjikan peruntukan sebanyak RM9 bilion untuk Sabah dan Sarawak.

Sewaktu buat lawatan pertama sebagai PM ke Sabah, beliau umumkan akan salurkan peruntukan itu di bawah bajet Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bakal dibentangkan di Parlimen.

Menurut beliau, Sabah akan dapat RM4.6 bilion, sementara Sarawak RM4.4 bilion.

Satu perkara penting yang Tuk Seri PM baharu sebutkan ialah menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Hal itu memang menjadi punca rasa tidak senang di kedua-dua negeri tersebut. Rakyat Sabah dan Sarawak anggap bahawa kerajaan Persekutuan tidak hormati semangat MA63.

Sejak Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian Malaysia, isu ‘hak rakan setara’ tak pernah dihormati. Sabah dan Sarawak sepatutnya menjadi equal partner dengan Semenanjung, bukan dengan mana-mana negeri di Semenanjung.

Rakyat Sabah dan Sarawak anggap bahawa pembangunan juga tidak seimbang antara mereka dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Kadar kemiskinan masih tinggi di sana. Peluang kerja yang terbatas buatkan ramai anak muda Malaysia Timur cari peluang di Semenanjung.

Awang harap Tuk Seri PM baharu kotakan janjinya. PM sebelum ini hanya cakap pasal hal berkenaan di awal pemerintahan mereka. Selepas itu, kedua-dua negeri itu diabaikan.

Dah 58 tahun mereka tuntut janji. Maka, timbullah pandangan ada soal ‘antara dua darjat’ dalam cara kerajaan Persekutuan tadbir negeri Malaysia Timur.

Janji mestilah ditepati!

Klik di sini untuk terus membaca