RIUH rendah kita pasal soal Muhammad Sajjad Kamarulzaman atau lebih dikenal sebagai Nur Sajat. Apabila berita beliau ditahan di Bangkok, maka hangat lagi cerita usahawan kosmetik itu. Awang bukan simpati kepada Sajat. Jika beliau bersalah,... Klik di sini untuk terus membaca

RIUH rendah kita pasal soal Muhammad Sajjad Kamarulzaman atau lebih dikenal sebagai Nur Sajat. Apabila berita beliau ditahan di Bangkok, maka hangat lagi cerita usahawan kosmetik itu.

Awang bukan simpati kepada Sajat. Jika beliau bersalah, hukumlah dengan hukuman yang adil dan setimpal.

Jika beliau menyalahgunakan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), ambillah apa pun tindakan sewajarnya.

Bagi Awang menangkap Sajat soal kecil.

Jika PDRM boleh minta kerjasama polis Thailand untuk ekstradisi beliau, buatlah. Tak ada susahnya nak bawa Sajat balik.

Mari kita sama-sama cari Jho Low yang larikan RM4.5 bilion duit kita. Duit 1MDB duit rakyat. Bukan beliau sahaja yang lepas, ada kuncu-kuncu beliau yang hidup senang-lenang di luar negara.

Bukan kita tak tahu di mana mereka berada, PDRM pun tahu. Tapi tak boleh buat apa-apa untuk bawa mereka balik ke Malaysia.

Orang yang terbabit dalam 1MDBP pun masih berkeliaran. Macam tak salah apa pun. Tak malu apa pun. Jadi hero rakyat sekarang.

Nilai kita dah jadi pelik. Pada waktu yang sama kita sibukkan Sajat yang lemah dan akan menyerah kepada pihak berkuasa.

Sajat tak curi duit rakyat. Sajat tak sapu berbilion ringgit atau simpan beratus juta di rumahnya.

Sajat sebetulnya tak lebih dari titik kecil berbanding sekawan gajah yang merompak dan merosak.

Klik di sini untuk terus membaca