Kes seorang bekas ketua balai polis Thailand, Thitisan Utthanaphon yang hidup dalam kemewahan seperti seorang jutawan walaupun bergaji kecil mencetuskan persoalan tentang gerakan menangani rasuah di negara itu. Thitisan, 41, juga dituduh... Klik di sini untuk terus membaca

Kes seorang bekas ketua balai polis Thailand, Thitisan Utthanaphon yang hidup dalam kemewahan seperti seorang jutawan walaupun bergaji kecil mencetuskan persoalan tentang gerakan menangani rasuah di negara itu.

Thitisan, 41, juga dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa dan terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemuda berusia 24 tahun yang merupakan suspek pengedaran dadah, Jirapong Tanapat ketika disoal siasat pada 5 Ogos tahun lalu.

Menurut akhbar Bangkok Post, berlaku penderaan ke atas Jirapong selepas dia diberitahu untuk membayar sebanyak dua juta baht (RM250,672) bagi memastikan dakwaan terhadapnya digugurkan.

Bagaimanapun, berdasarkan satu rakaman video, dia dan enam lagi anggota polis didapati menyerkup kepala suspek yang dituduh menjual pil methamphetamine dengan beg plastik menyebabkannya meninggal dunia dipercayai akibat sukar bernafas.

Rakaman video itu dedahkan kepada umum selepas seorang pegawai muda polis di Balai Polis Muang yang terletak kira-kira lebih 148 kilometer ke utara Bangkok membocorkannya kepada seorang peguam Yayasan Peguam Rakyat, Sittra Biabungkerd.

Sittra kemudian menyiarkan rakaman video itu di Facebooknya yang menunjukkan kedua-dua tangan Tanapat bergari ketika kejadian berlaku.

Thitisan dan anggota-anggota polis yang terlibat dengan pembunuhan suspek itu kemudian melarikan diri.

Dia dilaporkan bersembunyi di wilayah Chon Buri, tenggara negara itu tetapi setelah satu video yang tular bagi memintanya menyerah diri telah mendorong bekas ketua balai polis tersebut berbuat demikian pada hujung Ogos tahun lalu.

Namun, Thitisan yang juga dikenali dengan gelaran 'Joe Ferrari' menafikan dia menuntut rasuah daripada suspek pada satu sidang akhbar selepas dia menyerah diri kepada polis tetapi mengaku dia tidak berhasrat untuk membunuhnya.

Katanya pada sidang akhbar yang diatur polis, dia hanya berhasrat untuk mendapatkan maklumat supaya dapat memusnahkan perniagaan dadah.

'Joe Ferrari' juga ketika itu menyatakan bahawa dia tidak mahu Jirapong melihat mukanya dan menyatakan suspek di soal siasat kerana pemuda tersebut menafikan memiliki satu kilogram pil kristal methamphetamine dan 20,000 pil Yaba.

Apa yang lebih memburukkan keadaan ialah dia dituduh melakukan perbuatan tersebut setelah menjalani kehidupan sebagai seorang jutawan ketika memegang jawatan sebagai ketua balai polis.

Ketika polis menyerbu rumah mewah 'Joe Ferrari' di Bangkok, pasukan keselamatan itu dilaporkan menemui 13 buah kereta yang berharga tinggi.

Dia juga merupakan warga Thailand pertama memiliki sebuah kenderaan Lamborghini Avetador edisi terhad berharga kira-kira 47 juta baht (RM589,0807).

Salah satu edisi Lamborghini Avetador.

Jabatan Kastam Thailand percaya 'Joe Ferrari' mempunyai 42 buah kereta mewah menyebabkan timbul persoalan bagaimana dia yang berpendapatan kira-kira 42,000 baht (RM5,264) sebulan boleh memiliki barangan mewah tersebut.

'Joe Ferrari' dilaporkan meminati dan mengumpul kereta-kereta mewah ketika bertugas di Narathiwat iaitu wilayah sempadan dengan Malaysia.

Membeli kereta di Thailand amat mahal kerana cukai tinggi dikenakan ke atas para pembeli.

Menurut laporan, 'Joe Ferrari' telah merampas 268 kereta mewah atas pelbagai kesalahan sejak tahun 2011 yang kemungkinan dia memperoleh pendapatan sebanyak 400 juta baht (RM50,134,535) Kastam negara itu melelong 363 daripada kereta tersebut dan memperoleh pulangan juta baht dengan 55 peratus daripada diberikan kepada pemberi maklumat, para pegawai dan pihak-pihak lain.

'Joe Ferrari' yang mendapat gelaran itu kerana gaya hidup mewahnya dan pernah berkahwin dengan wanita hartawan serta pernah melamar seorang aktres berprofil tinggi pada tahun 2014.

Dalam pada itu, hampir kebanyakan usahawan Thai sama ada perniagaan mereka sah atau tidak dilaporkan akan membayar sejumlah wang kepada polis bagi membolehkan perniagaan mereka beroperasi.

Sehubungan itu, seorang pensyarah dari Universiti Naresuan, Paul Chambers berkata kepada AFP bahawa kes 'Joe Ferrari' itu menunjukkan polis 'jahat' menyembunyikan aktiviti haram mereka. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca