DALAM kes yang melibatkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rakyat senyum sumbing. Duit siapa yang mereka mereka curi. Mana pula punca duit itu? Siapa milik asal duit itu? Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahkan... Klik di sini untuk terus membaca

DALAM kes yang melibatkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rakyat senyum sumbing.

Duit siapa yang mereka mereka curi.

Mana pula punca duit itu?

Siapa milik asal duit itu?

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahkan mereka sedang menyiasat tiga pegawai SPRM berhubung kehilangan wang berjumlah AS$6 juta (RM24 juta).

'Pemilik' wang berkenaan, mantan spy besar negara, Datuk Hasanah Abdul Hamid akan juga dipanggil beri keterangan.

Tentulah rakyat menunggu penuh debar kisah selanjutnya.

Mana tidaknya, banyak orang teringat cerita 40 Penyamun dalam filem P Ramlee.

Tapi duit yang terlibat dalam kes pegawai SPRM itu bukan 1,000 atau 10,000 dinar, tapi RM24 juta.

Tambah panas cerita itu oleh sebab sebelum ini Mahkamah Tinggi 'melepaskan tanpa membebaskan' Hasanah daripada pertuduhan pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta).

Menurut beritanya, pendakwa raya mohon "untuk tidak meneruskan kes terhadap Hasanah".

Pendakwa raya juga kata, "wujud penemuan-penemuan baharu” dalam kes itu. Lagi suspen jadinya. Lepas itu sebahagian duit yang terbabit dikatakan "hilang” pula.

Seingat Awang, perbicaraan kes pada 12 hingga 16 April lalu dibuat secara tertutup membabitkan 'saksi-saksi terlindung'.

Seramai 11 saksi pendakwaan dibawa ke mahkamah secara tertutup. Memang macam filem James Bond kes ini.

Awang harap akan ada kesudahan sebenar kes ini, bukan macam khayalan dalam filem sahaja.

Klik di sini untuk terus membaca