AWANG faham mengapa Menteri Kesihatan kata beliau tidak akan gunakan lagi terma "imuniti kelompok” dalam hal memerangi pandemik Covid-19.
Menurut Khairy Jamaluddin cara konvensional itu dah tak sesuai lagi oleh sebab ancaman macam-macam varian baharu khususnya Variant Delta dalam masyarakat hari ini.
Baru-baru Awang terbaca kenyataan kerajaan Singapura mengenai perkara yang sama.
Singapura merupakan satu-satunya negara di dunia yang dah cecah 81 peratus rakyat yang divaksinasi.
Sekiranya ditolak mereka yang berumur 12 tahun ke bawah, jumlah peratusannya adalah 90 peratus.
Sepatutnya imuniti kelompok dah dicapai di republik itu.
Tapi pada hari Selasa 21 September yang baru lalu, negara itu laporkan 1,504 jangkitan.
Kebanyakan mereka yang berkeadaan serius berumur 66 tahun ke atas.
Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, persiapan untuk 1,000 katil ICU sedang disediakan, jika perlu.
Oleh sebab itu, Singapura sedang fikirkan semula langkah untuk 'membuka' semua aktiviti.
Sebelum ini, Singapura macam negara maju yang lain ambil pendirian bahawa mereka 'harus hidup dengan Covid-19'.
Tapi perkembangan terbaru menunjukkan bahawa mereka harus fikirkan strategi baharu.
Nampaknya kita juga harus ambil pendekatan yang sama.
Walaupun ada kemajuan daripada segi pengurangan kes jangkitan di Malaysia, tapi bahaya jangkitan tak boleh diambil mudah.
Oleh sebab itu, semua harus waspada setiap masa.
Klik di sini untuk terus membaca