MASYARAKAT menanti jawapan segera, siapa dia di sebalik aksi lucah dan gangguan seksual itu...ENTAHLAH, Belalang rasa sedih pun ada, tidak percaya pun ada dan kecewa pun ada apabila seorang pendakwah yang juga usahawan terkenal yang... Klik di sini untuk terus membaca

MASYARAKAT menanti jawapan segera, siapa dia di sebalik aksi lucah dan gangguan seksual itu...ENTAHLAH, Belalang rasa sedih pun ada, tidak percaya pun ada dan kecewa pun ada apabila seorang pendakwah yang juga usahawan terkenal yang sangat-sangat dihormati ramai kerana kerja-kerja kebajikan yang beliau usahakan kini dibabitkan dengan isu gangguan seksual ke atas beberapa orang wanita menerusi aplikasi Telegram.

Walaupun pihak polis mengingatkan para pengguna media sosial supaya berhati-hati, jangan turut terbabit mengedarkan video aksi lucah atau sebarang klip yang kononnya melibatkan pendakwah terkenal tersebut tetapi ia telah pun menjadi viral dan dikongsi oleh mungkin kini berjuta pengguna media sosial.

Aksi dalam video tersebut bukan sahaja menjijikkan malah sukar untuk dipercayai bahawa orang itu adalah orang yang dituduh cuba melakukan gangguan seksual bukan ke atas seorang tetapi beberapa orang mangsa wanita.

Tidak kiralah siapa pun orang itu, jelas sekali, dia adalah seorang yang ‘sakit’ dan memiliki dua personaliti. Di depan lain tetapi di belakang berwajah lain.

Orang ini memerlukan rawatan doktor. Dia perlukan bantuan untuk memulihkan dua personaliti yang dimilikinya.

Ketika Belalang menulis catatan ini, sudah dua orang tampil melakukan sumpah laknat untuk membuktikan yang mereka bercakap benar mengenai personaliti pendakwah dan usahawan ini.

Mereka menuntut pihak berkuasa bertindak sekarang sebelum penyakit orang yang didakwa melakukan gangguan seksual ini makin melarat dan terus menerus melakukan aksi lucah dan menunjuk atau menayangkan alat sulitnya kepada khalayak ramai.

Hakikat bahawa dia merakamkan dan mengirim video kemaluannya sendiri kepada mangsa-mangsanya adalah bukti yang dia adalah tidak normal.

Orang normal tidak akan berani atau sanggup bertindak demikian kerana bukan sahaja boleh memakan diri tetapi tidak bermoral dan rendah akhlak.

Masakan dia tidak tahu bahawa hantarannya itu boleh dijadikan bahan bukti untuk memerangkap dia balik tetapi dia tetap terus melakukannya. Ini semua adalah bukti nyata yang pelaku adalah tidak normal dan sedang menderita sakit jiwa atau mental.

Penyakit ini juga boleh membawa kepada ketagihan. Ketagihan untuk meneruskan perbuatan terkutuk ini kerana dia beranggapan orang tidak akan percaya bahawa itu adalah dia.

Mana mungkin seorang yang sangat popular dan dikenali di seluruh negara bersikap demikian dengan moral dan akhlak yang begitu rendah sekali.

Mungkin itulah anggapan orang yang melakukan perbuatan terkutuk ini jika benar itu adalah dia sebagaimana yang dituduh dan didakwa.

Tetapi jika itu bukanlah orang sebagaimana yang didakwa, dia atau pun pihak berkuasa masih perlu tampil ke depan untuk membersihkan namanya yang kini tular di seluruh negara.

Oleh kerana kes ini melibatkan tuduhan ke atas seorang selebriti yang dikenali ramai, maka ia juga menjadi kes yang melibatkan kepentingan ramai.

Maka sekali lagi seluruh mata akan tertumpu kepada secepat dan secekap mana pihak berkuasa menyelesaikannya.

Pendek kata, orang ramai atau masyarakat mahukan jawapan segera dan jawapan konkrit bukan jawapan klise; "Tidak ada kes kerana bukti tidak jelas...”

Belalang sendiri telah berpeluang menonton video yang viral itu dan apa yang Belalang boleh simpulkan ialah sekadar menggeleng kepala dan beristighfar panjang.

Ia bukan sahaja kotor dan menjijikkan malah sukar untuk dipercayai bahawa itu adalah dia. Otak dan minda Belalang cakap tidak mungkin itu adalah dia. Tidak mungkin dia sanggup dan tergamak berbuat demikian.

Malangnya, otak Belalang berkata tidak, mata Belalang kata lain.

Belalang - Lain padang lain Belalang tetapi Belalang tetap Belalang...

Klik di sini untuk terus membaca