SHAH ALAM – Penggiat sektor pelancongan mengharapkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) akan membuka semua gelembung pelancongan sama ada domestik mahupun antarabangsa.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun berkata, pembukaan semua gelembung pelancongan domestik dan antarabangsa sangat penting bagi sektor pelancongan kerana negara memerlukan pertumbuhan ekonomi dengan segera.
"Bukalah semuanya apabila setiap negeri telah mencapai imuniti kelompok dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Khalid turut mengharapkan RMK12 mampu menjana pertumbuhan ekonomi.
"Apabila pertumbuhan ekonomi dijaga, maka pelabur akan memilih Malaysia sekali gus rakyat dari negara pelabur itu akan datang ke Malaysia,” jelasnya.
Mengulas isu sama, Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang mengharapkan kerajaan berupaya meningkatkan kadar penerbangan antarabangsa dan domestik.
"Lapangan terbang di setiap negeri juga harus dipertingkatkan. Sediakan juga terminal untuk kapal persiaran bagi memikat kapal persiaran antarabangsa berlabuh di negara ini,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca