RUMAH Awang di kampung dah dekat 70 tahun umurnya.
Rumah kayu dengan sedikit simen sebagai dinding serta beratap zink masih gagah berdiri.
Jika hendak baik pulih pun tak sampai RM5,000 rasanya.
Memang tak adil nak samakan rumah kampung Awang dengan Seri Perdana.
Seri Perdana kediaman rasmi Perdana Menteri.
Awang tak tahulah berapa kos membuatnya. Mungkin RM100 juta atau lebih.
Bangunan itu baru lebih kurang 20 tahun dibina.
Apabila timbul cerita kerja baik pulih akan menelan belanja RM38.5 juta, Awang terkejut beruk.
Ia bukan khabar angin dalam sosial media. Jumlah itu disebut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad sendiri.
Awang terfikir untuk baik pulih rumah kediaman PM sahaja, entah berapa ribu rumah orang miskin di kampung yang boleh dibuat.
Pelik juga rakyat bila dengar kerosakan yang banyak pada Seri Perdana.
Menurut Tan Sri mantan PM, ada masalah wiring, bocor bumbung, lantai rosak, paip dan macam-macam lagi.
Kata Tan Sri Muhyiddin lagi, Seri Perdana akan mengalami kerosakan lebih teruk jika tidak diperbaiki.
Setahu Awang, Tan Sri Muhyiddin tak tinggal di situ.
Bossku Tuk Seri Najib dan Tun Abdullah Badawi yang tinggal lama di situ.
Pelik juga bagaimana bangunan 20 tahun begitu banyak kerosakannya.
Atau bangunan kerajaan memang jangka hayatnya sengaja dipendekkan? Wallahualam.
Klik di sini untuk terus membaca