ALHAMDULILLAH, nampaknya Tuk Seri PM Baharu mahu rakyat nilai prestasi menterinya. Bagus sangat begitu. Selama ini penilaian lebih bersifat syok sendiri. Satu masa dulu, dalam kerajaan lain, ada menteri bagi markah penuh untuk diri sendiri... Klik di sini untuk terus membaca

ALHAMDULILLAH, nampaknya Tuk Seri PM Baharu mahu rakyat nilai prestasi menterinya. Bagus sangat begitu.

Selama ini penilaian lebih bersifat syok sendiri.

Satu masa dulu, dalam kerajaan lain, ada menteri bagi markah penuh untuk diri sendiri dan kementerian mereka. Ada yang dapat 100 peratus pencapaian!

Hal nilai prestasi menteri bukan baharu. Setiap PM baharu akan umum cara baharu. Lepas 100 hari lupa semua itu.

Selepas itu sibuk berpolitik dan untuk tujuan survival, siapapun tak peduli prestasi menteri.

Menteri nak main Tik Tok ke, nak bersolek dalam pejabat ke, nak buat apa pun tak ada siapa yang kisah. Kata rakyat, pi mai pi mai tang tu.

Kata Tuk Seri PM, kali ini prestasi menteri akan diukur berdasarkan tiga perkara, yang pertama prestasi kementerian dan jabatan; yang kedua penilaian kepimpinan berdasarkan keberkesanan dan keberhasilan inisiatif dan yang ketiga penilaian persepsi awam.

Kata Tuk Seri PM, akan ada Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 untuk rakyat.

Bagus sangat kriteria yang digunakan untuk tujuan itu. Tapi siapa yang buat pemantauannya? Apakah menteri dan kementerian sendiri?

Oleh sebab itu, Awang nak cadangkan diwujudkan badan pemantau atau audit bebas untuk tentukan senarai Aspirasi, sasaran capaian dan juga penilaian.

Kalau sendiri nilai, sendiri masuk bakul dan angkat sendiri jugalah nampaknya.

Klik di sini untuk terus membaca