SHAH ALAM - Tiada ribut, tiada taufan politik di negeri Hang Tuah tiba-tiba bergegar apabila terdapat spekulasi kononnya Ketua Menteri dan kerajaan Melaka yang kini diketuai UMNO akan tumbang. Sejak Jumaat, kecoh kononnya, Ketua Menteri... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Tiada ribut, tiada taufan politik di negeri Hang Tuah tiba-tiba bergegar apabila terdapat spekulasi kononnya Ketua Menteri dan kerajaan Melaka yang kini diketuai UMNO akan tumbang.

Sejak Jumaat, kecoh kononnya, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dijangka terpaksa melepaskan jawatannya dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Spekulasi tersebut dipercayai timbul selepas tersebar dakwaan kononnya empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri dilaporkan akan melompat ke PH.

Empat ADUN itu kononnya sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).

Empat ADUN yang disebut-sebut ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

The Star melaporkan, pemimpin utama PH berusaha untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka dengan dua pemimpin kanan PH dilihat berada di kediaman Mohd Ali di Bukit Katil pada Jumaat.

Menjawab spekulasi itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mencabar mana-mana pihak yang yang mendakwa mempunyai SD untuk tampil membawanya ke pihak berkenaan.

"Kalau siapa nak jadi Ketua Menteri datanglah, boleh jumpa pihak kepimpinan.

"Apa pun selagi saya terus diberikan mandat oleh kerajaan sedia ada untuk memimpin dan menguruskan Melaka, saya akan berjalan seperti biasa, apabila diminta turun saya akan turun," katanya.

Norhizam bertikam lidah dengan Chee Leong pada hari terakhir Sidang DUN Melaka pada Khamis.

UMNO TUNGGU PERKEMBANGAN SEMASA

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, mereka kini sedang menunggu perkembangan seterusnya berhubung desas-desus tersebut.

"Kita tunggu tengoklah macam mana. Katanya semalam tapi tak ada pun.

"Katalah kata dia ada empat orang (yang akan melompat), masing-masing kena buktikan siapa sebenarnya yang boleh menarik majoriti,” katanya kepada Sinar Harian.

DUN Melaka yang mempunyai 28 kerusi kini dipimpim parti UMNO yang memiliki 14 kerusi manakala Bersatu tiga kerusi. Pembangkang mmpunyai 11 kerusi masing-masing DAP (7), Amanah (2) dan PKR (2).

DUN Melaka kini diketuai UMNO bersama Perikatan Nasional yang mempunyai 17 kerusi.

ANWAR NAFI JUMPA YANG DI-PERTUA MELAKA

Dalam pada itu, kem PH pula nampaknya memberikan reaksi berbeza membayang spekulasi tersebut mungkin tidak akan menjadi.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam masa terdekat.

Menurutn Anwar, beliau tidak menerima sebarang maklumat terperinci mengenai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dikatakan akan melompat menyertai PH.

"Ada laporan media yang menyatakan saya akan menghadap... belum ada permohonan untuk saya menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka.

"Orang ramai memaklumkan tetapi tiada yang konkrit (kukuh), saya hanya mengetahui melalui laporan," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca