SHAH ALAM - Seramai 3.6 juta atau 28 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000 di dalam akaun satu dan dua selepas Covid-19. Ketua Pegawai Strategi KWSP,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Seramai 3.6 juta atau 28 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000 di dalam akaun satu dan dua selepas Covid-19.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, perkara itu amat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila ramai ahli KWSP telah mengurangkan, malah mengosongkan simpanan persaraan mereka ketika pandemik akibat desakan hidup.

"Sebanyak 6.8 juta pencarum pula mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 di akaun satu dan 9.8 juta pencarum mempunyai baki yang sama di akaun dua. Apa yang paling membimbangkan adalah mereka yang mempunyai jumlah hampir sifar dalam akaun simpanan mereka.

"Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan sebanyak 2.2 juta pencarum di bawah 55 tahun yang mengosongkan akaun mereka selepas Covid-19. Oleh itu sebanyak 3.6 juta pencarum (sebelum ini hanya 1.4 juta) mempunyai kurang daripada RM1,000 di dalam akaun satu dan dua,” katanya kepada Sinar Ahad.Tambahnya, mereka yang mempunyai RM10,000 di dalam akaun simpanan bukanlah petanda untuk menarik nafas lega kerana ia masih belum mencukupi sebagai persediaan untuk persaraan kelak.

"Kami menjangkakan pada akhir tahun ini, hanya 6.1 juta atau 48 peratus daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 di dalam kedua akaun mereka.

"RM10,000 kita masih boleh buat banyak perkara dengan simpanan tersebut, namun mempunyai kurang daripada RM1,000 simpanan adalah sesuatu yang patut dikhuatiri.

"Bagaimanapun, RM10,000 itu juga bukanlah angka yang selamat kerana mereka yang mempunyai jumlah ini masih meningkat selepas Covid-19,” katanya.

Nurhisham berkata, B40 dan M40 adalah golongan yang teruk terjejas dan lebih cenderung untuk hidup dalam kemiskinan pada usia tua kelak, namun berbeza bagi golongan T20 yang menunjukkan peningkatan terhadap simpanan mereka.

Simpanan menurun"Golongan B40 dan M40 akan sangat terjejas apabila mencapai fasa persaraan mereka kerana pengeluaran simpanan masa tua yang dilakukan di i-Sinar dan i-Lestari akibat Covid-19.

"Jumlah simpanan di KWSP selepas Covid-19 bagi golongan B40 menurun sebanyak 38 peratus dan M40 sebanyak 18 peratus manakala T20 meningkat sebanyak empat peratus di mana 77.4 peratus dari jumlah simpanan adalah mereka yang berusia bawah 55 tahun,” katanya.

Selain itu, Nurhisham turut berpandangan bahawa faktor kurang pendapatan adalah punca utama mengapa mereka tidak boleh mengumpul dan membuat simpanan yang banyak untuk masa hadapan atau persaraan.

"Terdapat 85 peratus mereka bergaji bawah RM5,000 dan 52 peratus di bawah RM2,000. Isunya di sini adalah mereka tidak mampu untuk membuat simpanan yang banyak atau sepatutnya kerana pendapatan rendah.

"Sebanyak 84 peratus ahli KWSP berpendapatan kurang daripada RM5,000. Berdasarkan data yang kami peroleh, golongan M40 juga tidak cukup untuk membuat simpanan kerana kos minimum sara hidup di Kuala Lumpur bagi mereka yang mempunyai keluarga dan dua orang anak adalah lebih dari RM 6,000,” katanya.

Nurhisham

Info pencarum KWSP terkini

Tahun ini juga merupakan kali pertama KWSP mencatatkan input negatif apabila RM101 bilion dikeluarkan untuk i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari selama dua tahun berturut-turut.

"Ini merupakan tahun pertama KWSP mencatatkan input negatif buat pertama kalinya iaitu negatif RM45 bilion. Walaupun agak luar biasa, kami sedaya upaya akan menguruskan isu ini dari segi kesan terhadap portfolio dan pulangan.

"Perkara ini mungkin sudah dijangkakan pada tahun 2030 akan datang kerana faktor penuaan dalam kalangan masyarakat, namun ia berlaku sedikit lebih awal. Oleh itu, kami berharap agar tahun hadapan bersama pembukaan semula ekonomi akan memberi catatan input positif kembali kepada KWSP,” katanya.

Tambah beliau, akibat pengeluaran kerana pandemik, ahli KWSP memerlukan empat hingga enam tahun bekerja berterusan untuk memulihkan kerugian simpanan yang telah dikeluarkan dahulu berdasarkan pendapatan gaji minimum di Malaysia iaitu RM1,200.

Kali pertama input KWSP negatif

Tahun ini juga merupakan kali pertama KWSP mencatatkan input negatif apabila RM101 bilion dikeluarkan untuk i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari selama dua tahun berturut-turut.

"Ini merupakan tahun pertama KWSP mencatatkan input negatif buat pertama kalinya iaitu negatif RM45 bilion. Walaupun agak luar biasa, kami sedaya upaya akan menguruskan isu ini dari segi kesan terhadap portfolio dan pulangan.

"Perkara ini mungkin sudah dijangkakan pada tahun 2030 akan datang kerana faktor penuaan dalam kalangan masyarakat, namun ia berlaku sedikit lebih awal. Oleh itu, kami berharap agar tahun hadapan bersama pembukaan semula ekonomi akan memberi catatan input positif kembali kepada KWSP,” katanya.

Tambah beliau, akibat pengeluaran kerana pandemik, ahli KWSP memerlukan empat hingga enam tahun bekerja berterusan untuk memulihkan kerugian simpanan yang telah dikeluarkan dahulu berdasarkan pendapatan gaji minimum di Malaysia iaitu RM1,200.


INFO


- KWSP mempunyai lebih 15 juta ahli dan 7.6 juta ahli aktif setakat 31 Ogos 2021.

- Keseluruhan jumlah sumbangan (total contributions) KWSP adalah RM53.9 bilion dan jumlah pengeluaran (total withdrawals) adalah sebanyak RM99.5 bilion setakat 31 Ogos 2021.

- Sebanyak 70 peratus di akaun satu adalah untuk kemasukan persaraan (retirement adequacy) manakala 30 peratus daripada akaun dua adalah untuk pengeluaran pra-persaraan (pre-retirement withdrawals).

- Sebanyak 60 peratus ahli KWSP merupakan Bumiputera, 28 peratus Cina, 8 peratus India dan 4 peratus lain-lain.

- Mengikut pembahagian ahli KWSP berdasarkan jajaran gaji, 84 peratus mempunyai gaji bawah RM5,000, 69 peratus berpendapatan bawah RM3,000 dan 52 peratus berpendapatan kurang dari RM2,000.

- Sebanyak RM101 bilion pengeluaran telah dilakukan di mana i-Lestari di akaun dau sebanyak RM 20.8 bilion pada April sehingga Mac 2021 manakala pengeluaran i-Sinar berjumlah RM 58.8 bilion di akaun satu pada Januari sehingga Disember 2021.

- Pengeluaran akibat Covid-19 telah menyebabkan lebih 6 juta pencarum (48%) di bawah golongan 55 tahun mempunyai baki kurang daripada RM10,000 manakala 3.6 juta (28%) mempunyai kurang daripada RM1,000 atau jumlah sifar.

Klik di sini untuk terus membaca