SHAH ALAM - Pakar kesihatan awam berpendapat umur ideal untuk persaraan adalah pada usia 70 tahun berdasarkan tahap kesihatan rakyat Malaysia yang semakin meningkat ketika ini.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, dengan peningkatan tahap kesihatan itu, tidak menjadi masalah kepada seseorang individu untuk bekerja walaupun sudah tua dan melebihi usia persaraan wajib ketika ini iaitu 60 tahun.
"Kalau kita lihat keadaan di negara kita sekarang, ramai warga emas yang masih sihat walaupun usia sudah mencecah 70 tahun dan ke atas.
"Mereka masih lagi produktif dan boleh menyumbang kepada negara bukan sahaja dalam bidang profesional tetapi dalam kerja-kerja sokongan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Sementara itu Dr Zainal berkata, kerja bersesuaian untuk golongan berusia itu adalah yang tidak memerlukan penggunaan tenaga fizikal kuat dan bidang tugas tidak mengundang stres.
"Kerja sokongan yang sesuai adalah seperti jaga kedai, jaga bangunan dan pembantu pejabat sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing,” katanya.
Tambah beliau, perkara itu sudah diamalkan oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Singapura di mana warga emas diambil bekerja dalam kerja-kerja sokongan seperti itu.
Dalam sektor profesional pula, katanya, penglibatan golongan berusia itu akan terus memacu pembangunan dan ekonomi negara.
Klik di sini untuk terus membaca