SHAH ALAM - Berjuta-juta pengguna Facebook, WhatsApp, Instagram dan Messenger di seluruh dunia termasuk Malaysia dilaporkan mengalami gangguan sejak tengah malam ini. Portal-portal berita dari Amerika Syarikat, Eropah, India, Indonesia... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Berjuta-juta pengguna Facebook, WhatsApp, Instagram dan Messenger di seluruh dunia termasuk Malaysia dilaporkan mengalami gangguan sejak tengah malam ini.

Portal-portal berita dari Amerika Syarikat, Eropah, India, Indonesia sejak tengah malam tadi turut melaporkan pengguna di negara-negara terbabit gagal menggunakan aplikasi tersebut.

New York Times melaporkan pengguna di Amerika Syarikat gagal menghantar mesej melalui WhatsApp dan tidak dapat melayari Facebook serta Instagram seperti biasa.

Ramai pengguna kemudian beralih ke Twitter untuk meluahkan kekecewaan mereka mengenai kejadian itu.

Tinjauan Sinar Premium mendapati di Malaysia, pengguna negara ini gagal menghantar dan menerima mesej WhatsApp sejak jam 12 tengah malam tadi.

Selain itu, pengguna Malaysia juga tidak dapat memuat naik hantaran terbaru baik di feed atau story di Facebook dan Instagram.

Dalam pada itu, perkataan WhatsApp, #facebookdown dan imessage menjadi trending di Twitter sejak tengah malam tadi.

Terdapat lebih 3 juta tweet menggunakan perkataan WhatsApp manakala sebanyak 300,000 lagi menciap menggunakan #facebookdown.

Dalam pada itu Facebook dilaporkan memohon maaf berikutan gangguan akses ke atas semua aplikasi dan media sosial di bawahnya.

"Kami menyedari ramai orang menghadapi masalah dalam mengakses aplikasi dan produk kami. Kami berusaha untuk memulihkan keadaan secepat mungkin dan meminta maaf di atas masalah ini," kata Facebook seperti dilaporkan BBC.

Klik di sini untuk terus membaca