RUPA-rupanya masih ada pemimpin politik yang tidak sedar pengaruh media sosial di tangan mereka.
Sebagai orang politik, mereka mesti faham kesan posting mereka baik dalam bentuk Facebook, Twitter, Instagram atau WhatsApp. Orang baca dan orang nilai.
Jadi apabila Naib Ketua Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh buat komen negatif bercampur perkauman tentang prestasi permainan seorang pemain badminton negara dari kaum lain, tentulah isu itu jadi besar.
Sedih sangatlah oleh sebab pemain badminton negara, S Kisona mencuba sedaya upaya untuk mengalahkan lawannya Akane Yamaguchi dari Jepun dalam separuh akhir Piala Sudirman.
Awang rasa bagi yang menonton pertandingan itu, semua puji semangat juang S Kisona. Ia pendedahan penting bagi pemain muda itu di peringkat antarabangsa.
Sukan sahaja nampaknya membolehkan menyatupadukan rakyat. Rakyat sokong aksi pemain negara di mana pun mereka. Kalah menang bukan soalnya.
Dalam kes S Kisona, tidak ramai wanita kaum India kini beraksi dalam sukan badminton peringkat antarabangsa.
Komen perkauman Borhanuddin Che Rahim adalah sesuatu yang sangat dikesalkan. Partinya sendiri patut bersuara menyatakan pendirian terhadap tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Bagus sangat polis siasat walaupun beliau sudah minta maaf secara terbuka.
Perbuatannya terang-terang bertentangan semangat Keluarga Malaysia yang nak dipopularkan Tuk Seri PM Baharu.
Klik di sini untuk terus membaca