AWANG yang jahil hal politik dan dunia siber ini terbaca satu bab dari buku mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang berjudul Memori Bukan Memoir. Dalam Bahagian IV buku itu (Berani Kerana Benar) terdapat bab, '1BestariNet dan KPM:... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG yang jahil hal politik dan dunia siber ini terbaca satu bab dari buku mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang berjudul Memori Bukan Memoir.

Dalam Bahagian IV buku itu (Berani Kerana Benar) terdapat bab, '1BestariNet dan KPM: Apakah Yang Berlaku?’ Walaupun Dr Maszlee tak rumuskan kenapa beliau digugurkan daripada jawatan itu pada Jun 2018, tapi pembaca tentu boleh buat ramalan. Lagipun beliau dipanggil oleh Tun mantan PM lima kali atas kes itu.

Bab itu penuh maklumat yang menggemparkan. Siapakah di belakang syarikat yang dapat kontrak mega perkhidmatan 1BestariNet itu? Kontrak itu bermula pada tahun 2011.

Kos keseluruhan tiga fasa daripada 1 Disember 2011 hingga 30 Jun 2019 masing-masing babitkan RM1.1 bilion, RM468 juta dan RM1.55 bilion.

Kontrak itu bertujuan membekalkan internet ke sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kontrak tersebut diberikan sejak zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) lagi.

Ia isu besar yang menarik kontroversi sejak ia bermula.

Dipendekkan cerita semasa Dr Maszlee jadi menteri, beliau berdepan dengan kenyataan bahawa 1BestariNet tidak capai objektif pelaburan kerajaan dan program e-pembelajaran yang bernilai RM1.13 bilion juga tak capai objektif.

Awang fikir patut sangat kerajaan hari ini tengok secara objektif isu yang dibangkitkan oleh Dr Maszlee dalam buku beliau.

Patut sangat satu jawatan kuasa dibentuk untuk tentukan kesahihan dakwaan yang serius oleh mantan Menteri Pendidikan itu.

Klik di sini untuk terus membaca