Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias sebelum ini menjelaskan antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan adalah kerana warga emas memandu kenderaan dalam keadaan mereka tidak sihat... Klik di sini untuk terus membaca

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias sebelum ini menjelaskan antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan adalah kerana warga emas memandu kenderaan dalam keadaan mereka tidak sihat sepenuhnya.

Disebabkan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyorkan kepada kerajaan agar mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas dan golongan itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan surat daripada doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa mereka sihat untuk memandu.

Kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi terutamanya daripada warga emas sehingga memaksa kerajaan melalui Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak pernah berhasrat untuk menarik balik atau mengehadkan lesen memandu kepada individu yang berusia lebih 70 tahun.

Tegasnya, ini kerana kompetensi memandu bukan berdasarkan faktor usia, sebaliknya banyak lagi faktor yang menyumbangkan berlakunya nahas kemalangan.

Klik di sini untuk terus membaca