KIRA-KIRA 1,100 penduduk warga emas yang berusia 90 tahun atau lebih didapati tinggal di Semenanjung Nicoya, barat laut Costa Rica, Amerika Tengah. Kawasan tempat tinggal mereka juga dikenali dengan nama Zon Biru kerana mempunyai ramai... Klik di sini untuk terus membaca

KIRA-KIRA 1,100 penduduk warga emas yang berusia 90 tahun atau lebih didapati tinggal di Semenanjung Nicoya, barat laut Costa Rica, Amerika Tengah.

Kawasan tempat tinggal mereka juga dikenali dengan nama Zon Biru kerana mempunyai ramai bilangan penduduk yang berumur panjang.

Terdapat lima kawasan di dunia yang dikenali sebagai Zon Biru kerana mencatatkan bilangan penduduk warga emas yang ramai di Bumi.

Nicoya dipercayai mempunyai ramai penduduk yang berumur lanjut di seluruh dunia.

Salah seorangnya ialah Saturnino 'Sato' Lopez yang berumur 94 tahun.

Dia memotong kayu api dan berjalan kaki dalam jarak yang panjang dan ia adalah sebahagian daripada aktiviti kehidupannya.

Seperti orang lain, dia juga sudah hidup di Bumi dalam tempoh yang amat lama.

Menurut Lopez, dia berjalan kira-kira satu kilometer atau empat kilometer dan apabila kembali semula ke tempatnya berjalan, warga emas itu tidak berasa sakit.

Rumahnya terletak di sebuah kampung yang dikenali sebagai Dulce Nombre.

Tempat tinggalnya dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan.

Jangkitan Covid-19 juga telah berakhir dengan mudah di kampungnya itu.

Menurut Lopez, dia juga melakukan kerja-kerja seperti menyapu sampah selain memotong kayu api.

Apakah rahsia yang menyebabkan ramai penduduk di Nicoya hidup bagi tempoh yang lama? Salah satu rahsia itu seperti diperkatakan ialah ialah memakan nasi dan kacang.

Menurut Lopez, makanan utama di Nicoya ialah nasi dan kacang.

"Sejumlah kecil daging, buah-buahan dan buah avokado. Itulah yang anda makan," kata warga emas itu seperti dilaporkan oleh AFP.

Clementina Espinoza yang berumur 91 tahun berada di sebuah kebun di rumahnya di Nicoya baru-baru ini. - Foto AFP

Jirannya ialah Clementina Espinoza berumur 91 tahun dan suaminya berusia 100 tahun turut mengambil makanan yang sama.

Espinoza mempunyai 18 anak dan dia berjalan dengan gaya perlahan, masih memberikan jagung kepada ayam-ayam peliharaannya, menyediakan makanan dan membasuh pakaian.

Dia masih mempunyai tenaga dan hidup di sebuah negara yang mempunyai jangka hayat penduduk 80 tahun.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat penduduk di dunia ialah 72 tahun.

Espinoza menegaskan diet pemakanan adalah kunci jangka hayat penduduk di Nicoya lebih lama.

Nasi merupakan makanan yang dimakan oleh penduduk negara itu.

Pada tahun 2013, cef-cef Costa Rica dan China pernah memasak nasi goreng yang terbesar di dunia sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Menurut seorang pekerja di sebuah agensi pentadbiran keselamatan sosial di Nicoya, Aleyda Obando, mempunyai matlamat dalam hidup merupakan kunci kepada jangka hayat manusia hidup lebih lama dan hidup dalam keadaan sihat.

"Mereka (penduduk di Nicoya) membuat rancangan dalam hidup, merancang sesuatu dan berjumpa rakan-rakan. Ini adalah kombinasi faktor yang membuatkan penduduk hidup lebih lama," katanya.

Agensi itu mempunyai rangkaian sokongan sosial bagi membantu golongan emas, menggalakkan pemakanan sihat dan bersenam serta meminimumkan ketegangan.

Generasi muda di negara itu mempunyai diet yang berbeza dan menderita pelbagai penyakit seperti obesiti dan diabetes dan hanya sejumlah kecil penduduk yang mengusahakan tanaman untuk dijadikan makanan. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca