BILANGAN penduduk Belanda yang mempunyai saiz badan tinggi adalah lebih ramai berbanding mana-mana negara di dunia. Malah, ukuran mengikut standard ketinggian penduduk Belanda ialah sekurang-kurangnya 1.90 meter (m) bagi lelaki dan wanita... Klik di sini untuk terus membaca

BILANGAN penduduk Belanda yang mempunyai saiz badan tinggi adalah lebih ramai berbanding mana-mana negara di dunia.

Malah, ukuran mengikut standard ketinggian penduduk Belanda ialah sekurang-kurangnya 1.90 meter (m) bagi lelaki dan wanita pula ialah 1.80m.

Lelaki-lelaki negara itu yang dilahirkan pada tahun 2001 secara puratanya mempunyai ketinggian 1.89 meter.

Namun, ketinggian itu satu sentimeter (sm) lebih rendah berbanding dengan generasi yang dilahirkan pada tahun 1980.

Golongan wanita yang dilahirkan pada tahun 2001 pula secara puratanya mempunyai ketinggian 1.693m iaitu rendah 1.4sm berbanding pada tahun 1980.

Bagaimanapun, ramai penduduk Belanda masih menjadi manusia paling tinggi di dunia.

Purata ketinggian penduduk negara itu mengatasi warga lelaki di Montenegro, Estonia dan Bosnia.

Ketinggian golongan wanita Belanda secara puratanya mengatasi kaum Hawa di Montenegro, Denmark dan Iceland.

Pada permulaan abad ke-19, ketinggian penduduk Belanda adalah rendah dan mengikut standard benua Eropah.

Susu lembu dipercayai menjadi salah satu punca yang menyebabkan ramai penduduk Belanda menjadi tinggi. - Foto AFP

MULA MENINGKAT

Namun, ketinggian penduduk Belanda mula meningkat pada tahun 1840-an.

Penduduk Belanda mula menjadi negara mempunyai ramai penduduk yang tinggi melalui rakyatnya yang dilahirkan pada tahun 1950-an.

Punca yang menyebabkan ramai rakyat Belanda yang tinggi itu sukar untuk dikenal pasti, kata Penolong Profesor Dr Gert Stulp dari Fakulti Sosial Sains dan Tingkah Laku Universiti Groningen baru-baru ini seperti dilaporkan oleh AFP.

"Kita tahu jika sebuah negara menjadi sihat dengan mempunyai penjagaan kesihatan yang lebih baik dan mempunyai zat (pemakanan) berkhasiat yang lebih baik serta penyakit yang berkurangan (sekali gus) mampu untuk meningkatkan ketinggian seperti yang telah terjadi pada Belanda," tambahnya lagi.

Stulp sendiri mempunyai ketinggian sehingga dua meter.

Menurutnya, diet pemakanan Belanda dipercayai menjadi salah satu punca yang membantu menyumbang pada ketinggian penduduk di negara yang juga dikenali sebagai Netherland.

Punca itu, katanya ialah ramai penduduk negaranya meminum susu dalam jumlah yang banyak.

Namun, akhir-akhir ini bilangan penduduk Belanda yang tinggi semakin berkurangan.

Salah satu punca yang menyebabkan berkurangnya bilangan penduduk negara itu yang tinggi adalah kerana migrasi warga negara lain ke Belanda.

Pada kebiasaanya penduduk yang berhijrah ke negara itu mempunyai ketinggian yang rendah.

Mereka juga datang dari negara-negara bukan Barat, kata Stulp dan pejabat statistik Belanda iaitu CBS.

Sungguhpun begitu, ketinggian penduduk Belanda didapati telah terhenti.

Ini berlaku dalam kalangan penduduk yang ibu bapa mereka dilahirkan di Belanda dan dari kalangan yang mempunyai datuk serta nenek dilahirlan dari negara tersebut.

Kaum lelaki yang tidak mempunyai latar belakang migrasi tidak lagi tinggi sejak tahun 1980 manakala terdapat penurunan ketinggian dalam kalangan wanita, lapor CBS.

Ia mungkin satu petunjuk bahawa ketika ini terdapat banyak makanan yang tidak sihat, kata Stulp.

Justeru, diet yang mengandungi gula dengan kadar tinggi pastnya dipersalahkan. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca