AWANG kesal sangat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menolak usul Ketua Pembangkang untuk bahaskan pendedahan Kertas Pandora yang menggemparkan itu. Awang anggap hal itu penting dibahaskan di Parlimen. Macam biasa, Azhar... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG kesal sangat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menolak usul Ketua Pembangkang untuk bahaskan pendedahan Kertas Pandora yang menggemparkan itu.

Awang anggap hal itu penting dibahaskan di Parlimen. Macam biasa, Azhar beliau bagi alasan "tidak perlu disegerakan.”

Awang tak pandai sangat hal Kertas Pandora ini. Apa yang Awang tahu ia merupakan pendedahan dokumen "kekayaan yang disembunyikan.”

Dokumen ini diperoleh oleh Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasat (ICIJ).

Ia merupakan hasil kerjasama 140 organisasi media membabitkan 600 wartawan di 117 negara.

Pendedahan itu dedahkan bagaimana kekayaan individu tertentu yang disembunyikan sama ada dengan niat untuk lari daripada cukai, duit yang diperoleh cara haram atau sengaja nak rahsiakan harta yang ada.

Dalam hal Malaysia, khabarnya nilai keseluruhan yang terlibat hampir RM1 trilion.

Pendedahan ini babitkan nama-nama besar dalam perniagaan serta orang politik negara.

Awang dimaklumkan tidak ada salahnya simpan duit di luar negara.

Tapi kalau niatnya untuk elak cukai lalu simpan duit di tempat yang dianggap "syurga bebas cukai” itu salah. Atau dapat duit dari sumber yang salah.

Seriuskah isu ini? Patut sangatlah didedahkan kepada rakyat.

Biarlah dibahaskan secara jujur di Parlimen sebelum dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas atau mungkin juga dibuat satu Suruhanjaya Diraja dalam soal ini.

Tapi macam biasa, Azhar buat keputusan yang bertentangan dengan kehendak majoriti ahli Parlimen.

Janganlah lindungi sesiapa dalam isu yang sebesar ini!

Klik di sini untuk terus membaca