PELIK betul Awang apabila ikuti perbahasan tentang 'Kertas Pandora’ di Dewan Rakyat. Awang yang jahil hal 'syurga bebas cukai' tertarik nak ambil tahu. Maklumlah khabarnya rakyat Malaysia di antara tuan punya 1,000 syarikat luar pesisir... Klik di sini untuk terus membaca

PELIK betul Awang apabila ikuti perbahasan tentang 'Kertas Pandora’ di Dewan Rakyat. Awang yang jahil hal 'syurga bebas cukai' tertarik nak ambil tahu.

Maklumlah khabarnya rakyat Malaysia di antara tuan punya 1,000 syarikat luar pesisir dan 223 ahli politik berprofil tinggi dan 12 ketua negara yang ada akaun di tempat-tempat yang eksklusif itu.

Khabarnya daripada 1,000 syarikat yang didedahkan Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ), sejumlah 118 adalah milik syarikat Malaysia.

Awang diberitahu, tak ada salahnya buka akaun atau simpan duit di mana-mana di dunia, tapi kalau niatnya nak lari dari cukai atau duit itu duit haram atau duit hasil rasuah dan salah guna kuasa, patut sangat rakyat tahu.

Isnin lalu, Tuk Seri Ketua Pembangkang desak Speaker Dewan Rakyat supaya benarkan isu itu dibahaskan.

Kata Tuk Seri Anwar, ia soal kepentingan rakyat. Kata Speaker, tak perlu dibahas di Dewan Rakyat. Beliau gunakan soal teknikal untuk tolak cadangan Tuk Seri Anwar.

Anwar lalu tegur Speaker mengapa mahu jadi seperti peguam bela mereka yang ada kepentingan di luar itu?

Speaker kata, dia juga ada maklumat dari pembacaannya. Tuk Seri Anwar kata yang mengalir keluar beratus bilion ringgit.

Tapi kata Speaker yang dia baca ada yang hanya 5 pound atau RM25. Kata Tuk Seri Anwar; "kalau betul ada 5 pound, 5 poundlah”. Yang penting dibahaskan.

Jauh betul perbezaan di antara angka Tuk Seri Anwar dengan yang disebut oleh Speaker: Beratus bilion dan RM25!

Klik di sini untuk terus membaca